Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi telah memaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan sehingga 31 Mac 2021.
Bagi peminjam yang layak, pastinya mereka ingin memohon penangguhan dengan segera kerana mengalami masalah kewangan kerana tiada pekerjaan atau mengalami masalah pengurangan gaji.
Baca juga: Tempoh Tangguh Bayaran balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan 3 Bulan Lagi
Teruskan bacaan anda untuk dapatkan 3 langkah mudah mohon penangguhan bayaran balik PTPTN di sini.
TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
Isi Kandungan
Tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN adalah selama 3 bulan bagi peminjam yang layak bermula:
- 5 Januari hingga 31 Mac 2021
Tempoh penangguhan juga berdasarkan bulan kelulusan seperti berikut:
BULAN KELULUSAN | TEMPOH PENANGGUHAN |
JANUARI | JANUARI HINGGA MAC |
FEBRUARI | FEBRUARI HINGGA APRIL |
MAC | MAC HINGGA MEI |
Nota:
- Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.
- Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.
SYARAT KELAYAKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penangguhan bayaran balik PTPTN ialah:
- Peminjam yang kehilangan pendapatan: Peminjam yang diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19.
- Peminjam yang terjejas pendapatan: Peminjam yang pendapatannya berkurang dalam tempoh pandemik Covid-19.
3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
Untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN pula, anda perlu:
- Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19).
- Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan dan tiada dokumen diperlukan.
- PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
Untuk pengetahuan anda juga:
- Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19.
- Peminjam boleh membuat bayaran balik sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN.
PENSTRUKTURAN & PENJADUALAN SEMULA PTPTN
- Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021.
- Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula / penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac hingga Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penangguhan bayaran balik PTPTN sila hubungi:
- Careline PTPTN di talian 03 2193 3000.
- Live chat Portal PTPTN : www.ptptn.gov.my
- FAQ Penangguhan Bayaran Balik PTPTN COVID19
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.