Majlis akad nikah dalam masa yang terdekat? Jika perkara ini ada dalam perancangan anda, inilah masa yang sesuai untuk anda adakan majlis akad nikah anda. Tambah-tambah jika anda sedang plan untuk hadkan bajet untuk majlis akad nikah anda nanti.
Inilah berita baik buat anda dimana terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa :
- Jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.
Jadi, setiap tetamu perlu mengikuti semua SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sekiranya hadir ke mana-mana majlis seperti :
- Mendaftar atau scan QR kod
- Check suhu
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak
Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.
IKUT SOP YANG DITETAPKAN
Isi Kandungan
Semua tetamu perlu ikuti SOP yang digariskan dan penganjur majlis juga perlu ikuti arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.
CAMERAMAN TIDAK TERMASUK DALAM 30 ORANG JEMPUTAN
Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.
Jadi, jumlah tetamu telah dikecilkan jumlahnya berbanding sebelum ini agar pandemik Covid-19 dapat dikekang penularannya dan kita semua dapat hidup seperti sedia kala.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.