Adakah anda tahu kelayakan cuti seorang pekerja yang boleh dipohon sepanjang tahun? Terdapat 4 kelayakan cuti pekerja yang boleh anda pohon dan anda boleh bertanyakan kepada pegawai Human Resources (HR) mengenai cuti yang disediakan kepada para pekerja.
Untuk pengetahuan anda juga, setiap pekerja di Malaysia dilindungi oleh Akta Kerja 1955 tanpa mengira anda bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa dimana-mana sektor sekalipun.
Dapatkan senarai kelayakan cuti yang wajib setiap pekerja di Malaysia perlu tahu disini.
4 KELAYAKAN CUTI PEKERJA YANG BOLEH DIPOHON SEPANJANG TAHUN
Isi Kandungan
Terdapat 4 kelayakan cuti pekerja yang boleh dipohon sepanjang tahun bekerja dan senarainya adalah seperti berikut:
1. CUTI KELEPASAN AM
Setiap pekerja layak mendapat cuti kelepasan am dan ianya adalah berbayar dan gaji anda tidak dipotong sekiranya anda bercuti pada cuti berikut:
- Hari Kebangsaan
- Hari Ulang Tahun Yang di Pertuan Agong
- Hari Ulang Tahun Raja / Sultan / Yang di Pertuan Negeri
- Hari Pekerja
- Mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Akta hari Kelepasan Am 1951
2. CUTI SAKIT
Anda juga perlu mengetahui bahawa anda layak mendapat cuti sakit berbayar. Namun anda perlu tahu bahawa peruntukan bilagan cuti sakit berbayar adalah berbeza berdasarkan tempoh bekerja bersama majikan anda.
Tempoh bekerja adalah seperti berikut:
Tempoh Bekerja Kurang Dari 2 Tahun
- Wajib mendapat tidak kurang daripada 10 hari dalam setahun
Tempoh Bekerja 2 Ke 5 Tahun
- Wajib mendapat tidak kurang daripada 13 hari dalam setahun
Tempoh Bekerja Lebih 5 Tahun
- Wajib mendapat tidak kurang daripada 15 hari dalam setahun
3. CUTI REHAT
Cuti rehat seperti yang anda tahu adalah cuti mingguan seperti mana yang sedang anda nikamti pada setiap minggu.
Cuti ini diperuntukkan sama ada 1 atau 2 hari bagi setiap minggu tanpa mengira status jawatan anda sama ada bekerja tetap, kontrak, sepenuh masa atau separuh masa.
Jika anda diperlukan oleh majikan semasa cuti rehat, majikan perlu membayar pekerja pada kadar gaji biasa dan dibayar elaun lebih masa.
4. CUTI TAHUNAN
Sebagai seorang pekerja, anda berhak mendapat sejumlah cuti tahunan berbayar sebagai tambahan terhadap hari cuti dan cuti berbayar. Berdasarkan Seksyen 60E(1) Akta KErja 1955, seorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar seperti berikut:
- Bekerja kurang dari 2 tahun: Tidak kurang dari 14 hari setahun.
- Bekerja antara 2 hingga 5 tahun: Tidak kurang dari 18 hari setahun.
- Bekerja untuk lebih 5 tahun: Tidak kurang dari 22 hari setahun.
Untuk mendapat kelayakan cuti tahunan ini, anda perlu berkhidmat selama 12 bulan atau setahun. Tetapi jika anda berkhidmat bawah 12 bulan, kadar cuti anda akan dikira secara purata.
Walaupun Akta Kerja memberikan jaminan bahawa anda boleh bercuti pada bila-bilamasa dan berbayar, pastikan anda tidak menyalahgunakan cuti yang diperuntukkan buat anda.
Tidak tahu baki cuti yang masih ada pada tahun ini? Check sekarang dan boleh bawa cuti yang masih lagi berbaki pada tahun hadapan ya. Jika majikan menasihatkan anda untuk bercuti, check pula senarai cuti yang panjang tahun 2021 disini. Mana tahu, anda boleh rancang cuti anda dengan perkara yang berfaedah bersama keluarga nanti.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.