Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pulau Perhentian Di Terengganu Masih Ditutup, Namun 4 Lokasi Peranginan Lain Sektor Pelancongan Terengganu Sudah Dibuka

1,095

Sektor pelancongan telah dibuka kepada orang ramai mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) tetapi mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Seperti di negeri Terengganu, kebanyakan lokasi peranginan tumpuan orang ramai telah dibuka mulai 1 September 2021 yang lalu.

Dimanakah lokasi peranginan di negeri Terengganu yang telah dibuka untuk orang ramai kunjungi? Semak disini.

PULAU PERHENTIAN MASIH DITUTUP

Bagi orang ramai yang merindukan percutian di negeri Terengganu, dukacita dimaklumkan bahawa Pulau Perhentian masih lagi ditutup kepada orang ramai atas alasan yang tertentu.

4 LOKASI PERANGINAN YANG DIBUKA

Namun, orang ramai boleh lagi bercuti ke 4 lokasi peranginan yang lain iaitu di:

  • Pulau Kapas di Marang
  • Pulau redang di Kuala Nerus
  • Pulau Tenggol di Dungun
  • Tasik Kenyir di hulu Terengganu

Maknanya, anda masih lagi mempunyai pilihan lokasi peranginan yang lain untuk bercuti seperti yang telah dinyatakan di atas.

AKTIVITI PELANCONGAN YANG BEROPERASI & TIDAK BEROPERASI

Antara aktiviti pelancongan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan beroperasi di Terengganu adalah seperti berikut:

BEROPERASI

  • Inap desa (homestay) dan hotel

TIDAK BEROPERASI

  • Zoo, muzium, taman tema dan galeri seni

SOP (GARIS PANDUAN) PERLU DIPATUHI

Sebagai pelancong dan mereka yang terlibat dalam bidang pelancongan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk membendung penularan wabah Covid-19 seperti berikut:

  • Hanya individu yang lengkap 2 dos vaksin sahaja yang dibenarkan untuk bercuti di lokasi peranginan yang telah dibuka.
  • Hanya pelancong dalam negeri sahaja yang dibenarkan untuk bercuti di negeri Terengganu.
  • Pemilik premis perlu patuhi protokol kesihatan umum bagi mencegah penularan Covid-19.
  • Aktiviti seperti snorkeling dan diving perlu mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.

Pulau Perhentian Di Terengganu Masih Ditutup, Namun 4 Lokasi Peranginan Lain Sektor Pelancongan Terengganu Sudah Dibuka

SIARAN MEDIA KEBENARAN PENGOPERASIAN SYARIKAT AGENSI PELANCONGAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengeluarkan satu pernyataan bahawa syarikat agensi pelancongan telah dibenarkan untuk beroperasi serta merta tanpa peru mendaftar dengan CIMS.

Ia adalah bertujuan untuk menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang akan bermula 16 September 2021.

Semak sini untuk rujukan anda:

May be an image of text

Rujuk: Nak Bercuti Di Langkawi? Hanya 7 Jenis Aktiviti Pelancongan Sahaja Yang Dibenarkan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...