Pelbagai menu telah dicuba sekiranya anda ingin menurunkan berat badan secara sihat.
Ingat, diet tak semestinya sampai tak makan pula ya! Jaga pemakanan kerana 80% untuk sihatkan badan adalah melalui makanan.
Nak menu diet untuk kuruskan badan? Ini menu diet buat anda dan jangan lupa untuk amalkan tau!
Baca juga: Jom Makan Secara Sihat! Ini Resepi Ikan Talapia Bakar Kunyit. Boleh Cuba Untuk Makan Tengahari
CARA DIET YANG BETUL
Isi Kandungan
Ramai yang beranggapan bahawa diet adalah perbuatan meminimumkan makan dan minum sampai sanggup tahan lapar dan ikat perut.
Sebenarnya, anda tidak perlu menyeksa diri anda sampai begitu sekali. Jika anda tahu cara diet yang betul, rasanya tiada masalah yang akan terjadi.
Antara tips yang boleh diamalkan ialah:
- Jangan terlepas sarapan pagi
- Minum air kosong lebih banyak
- Makan lebih banyak sayur dan buah
- Makan pada waktu yang tetap
- Tidak perlu ‘mengharamkan’ makanan
- Guna pinggan dan mangkuk yang lebih kecil
- Diet tidak bermaksud tidak boleh aktif
RESEPI MENU SIHAT UNTUK DIET
Antara resepi menu sihat untuk diet dan boleh hilangkan 10kg dalam tempoh sebulan ialah:
1. Roti telur cheese
Bahan-bahan:
- 4 keping roti wholemeal
- 4 biji telur
- 2 keping cheese
- Black pepper
- Chili flakes
Cara-cara penyediaan
- Susun roti atas pinggan.
- Pecahkan telur di tengah-tengah roti.
- Letakkan cheese bersebelahan dengan telur.
- Taburkan pepper dan chili flakes.
- Panaskan dalam microwave selama 1 minit setengah.
2. Salad telur rebus
Bahan-bahan:
- Lettuce
- Daun salad (ungu gelap)
- 2 biji telur rebus
- 1 batang timun jepun (dipotong)
- Tomato ceri (dibelah 2)
- Chili flakes secukup rasa
- Black pepper secukup rasa
- Lada putih secukup rasa
Cara-cara penyediaan
- Potong lettuce dan daun salad, basuh dengan bersih dan toskan air.
- Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit dan potong 4.
- Masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
- Hiaskan dengan telur rebus.
3. Telur hancur cendawan butang
Bahan-bahan
- 2 biji bawang putih (dicincang)
- 4 biji cendawan (dihiris nipis)
- 3 biji telur (pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
- 1 sudu butter
- Chili flakes
- Black pepper
Cara-cara penyediaan
- Panaskan pan, masukkan butter, bawang putih dan cendawan.
- Masukkan chili flakes dan black pepper.
- Masukkan telur, kacau rata sehingga masak.
4. Breakfast platter (3 orang)
Bahan-bahan
- 2 keping tortilla (dipotong segi tiga)
- Beef pepperoni
- Beef salami
- Cheddar cheese
- Daun salad
- 2 biji telur (goreng mata kerbau separuh masak)
- Tomato ceri (dibelah 2 dan grill sekejap dalam pan)
- 6 keping roti baguette (dipotong dan titiskan olive oil)
- Sedikit sos cheese
Cara-cara penyediaan
- Susun atas pinggan cantik-cantik.
Tip: Cara makan, ambil tortilla, letak pepperoni, cheddar cheese dan tomato. Wrap dan makan dengan penuh kenikmatan!
Kalau anda rasa nak makan nasi untuk diet, boleh sahaja!
Gunakan konsep sukusukuseparuh seperti yang dikongsikan oleh KKM seperti gambar dibawah.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.