Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Tambah Duit Poket Dengan 5 Perkara Berikut. Mudah Je

1,923

Gaji yang sekarang kurang cukup untuk menampung perbelanjaan harian anda sekeluarga? Jika ya, apa yang anda lakukan?  Adakah hanya berharap pada bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti BSH dan BPN sahaja? Tidak. Ada lakukan kerja sampingan untuk dapatkan duit poket untuk buat belanja harian.

Boleh kongsikan tak apakah pekerjaan tersebut? Mungkin ada rakan-rakan yang lain juga ingin dapatkan duit lebih mulai sekarang tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.

Jom lihat apakah perkara yang boleh lakukan dan jadi duit poket untuk tampung belanja seharian.

5 CARA TAMBAH DUIT POKET DENGAN MUDAH

Nak tahu tak apa 5 cara untuk tambah duit poket anda secara harian atau bulanan? Inilah caranya :

1 JUAL BARANG RECYCLE

Jangan malu dan segan kalau rasa nak dapatkan duit poket anda. Tengok macam biasa-biasa sahaja. Tapi jika rajin dan konsisten, anda boleh dapatkan duit poket yang agak lumayan. Kutip sahaja kertas terpakai dalam tong sampah di pejabat anda selepas habis waktu pejabat dan bawa balik. Kumpul dan bawa jual ke tempat recycle. Bateri kereta, besi, botol air, kotak dan tin aluminium juga boleh dijual tau. Senang, kan?

2 JUAL BARANG YANG SUKAR DIJUMPAI

Setiap barang ada peminatnya. Kalau kita tengok macam tak ada harga. Tetapi bila ditengok, ada yang mencecah harga ribuan ringgit. Ada yang menjual baju, seluar jeans vintage contohnya. Harganya boleh tahan, RM2000 pun dibeli orang. Jika barang tersebut kecil, mungkin 1 barang berharga RM50 hingga RM100.

Jom Tambah Duit Poket Dengan 5 Perkara Berikut. Mudah Je

3 BELI DAN JUAL SEMULA BUKU

Anda tak minat membaca buku? Tetapi boleh je kalau nak jual buku, kan? Mudah saja. Jika ada pesta buku, beli buku yang dijual dengan murah dan anda boleh jual semula buku tersebut dengan iklankan di page Facebook anda, Instagram, status WhatsApp, Telegram dan pelbagai lagi platform yang ada.

Malah,ada yang menjual di Shopee katanya lebih mudah dan cepat. Tak perlu pening fikir untuk buat ayat marketing. Peminatnya sendiri akan search dan buat pembelian direct dengan anda. Mudah betul.

4 JUAL MAKANAN RINGAN

Makan ringan disini bukan gula-gula atau keropok semata-mata. Anda boleh beli pelbagai jenis kerepek secara borong, bawa balik dan packing semula kecil-kecil dan jual dengan harga mampu milik. Mana tahu, tiba-tiba boleh jadi taukeh kerepek pula selepas ini.

Jom Tambah Duit Poket Dengan 5 Perkara Berikut. Mudah Je

5 MENJUAL KEMAHIRAN

Ini bukan teknik menjual diri ya. Sebaliknya menjual kemahiran anda yang boleh memberi manfaat buat orang lain. Contohnya anda pandai membaiki aircond. Manfaatkan masa yang ada dengan menyediakan perkhidmatan membaiki aircond dari rumah ke rumah. Bagi yang pandai menaip pula, boleh sediakan perkhidmatan membuat resume atau menyiapkan assignment bagi mereka yang memerlukan. Jangan lupa, kenakan caj mengikut perhkhidmatan anda ya.

Anda pilih yang mana satu? Nak buat kesemuanya pun boleh. Asalkan ianya tidak menganggu kerja hakiki anda ya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...