Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini 5 Kategori Golongan Kurang Berkemampuan Yang Bakal Menerima Bantuan Tahun 2021

1,922

Walaupun terdapat pelbagai bantuan kepada rakyat Malaysia, golongan yang kurang berkemampuan ini juga tidak dilupakan. Terdapat pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka dan bakal dinikmati.

Kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik kebajikan golongan rentan atau kumpulan mudah jatuh sakit termasuk dengan menaikkan kadar bantuan beberapa bantuan bulanan kepada bakal penerima.

Kenaikan kadar bantuan ini juga adalah kerana Kerajaan mendapati Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah. Jadi, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini tergolong dalam kategori miskin.

5 KATEGORI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Antara 5 kategori golongan kurang berkemampuan tersebut ialah :

1. KADAR BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA

  • Kadar bantuan OKU akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

2. KADAR BANTUAN WARGA EMAS DAN BANTUAN PENJAGAAN OKU DAN PESAKIT KRONIK TERLANTAR

  • Kadar bantuan kepada golongan ini yang mana jumlahnya sebelum ini adalah RM350 akan dinaikkan kepada RM500.

3. BANTUAN RM180 DALAM BENTUK KREDIT TELEKOMUNIKASI

  • Untuk langganan internet atau sebahagian kos telefon bimbit.
  • Bakal dimanfaatkan oleh 8 juta penerima dari golongan B40.

4. KADAR BANTUAN KANAK-KANAK KELUARGA MISKIN

  • Dinaikkan daripda RM100 kepada RM150 setiap anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun (maksimum RM450 sekeluarga).
  • Dinaikkan kepada RM200 setiap anak berumur 6 tahun ke bawah (maksimum RM1,000 sekeluarga)

5. KADAR ELAUN PEKERJA OKU

  • Kadar elaun untuk pekerja OKU akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

“Semoga peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak, serta nutrisi makanan.

“Contohnya, jika Puan Safiah mempunyai tiga orang anak dengan dua daripadanya berumur enam tahun dan ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarga beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan.”

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Selain daripada itu, bagi membantu mereka yang mempunyai pasangan OKU, Kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000.

Ini 5 Kategori Golongan Kurang Berkemampuan Yang Bakal Menerima Bantuan Tahun 2021

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...