Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

1,280

Ada yang suka bekerja sendiri dan ingin menambahkan pendapatan dengan kerja-kerja secara freelance.

Tapi tak tahu pula macam mana nak dapatkan platform yang betul agar tidak menajdi mangsa scammer.

Kalau anda nak jadi majikan sendiri dan bebas masa bekerja, inilah 5 platform yang sesuai untuk anda. Jangan lupa daftar dahulu. Semoga berjaya!

BEKERJA SECARA BEBAS

Mungkin anda yang ingin bekerja secara bebas ini sejenis orang yang sukakan kebebasan masa untuk melakukan apa-apa sahaja aktiviti dalam kehidupan masing-masing.

Walaupun anda bekerja sendiri, anda juga boleh memohon untuk caruman KWSP dan SOCSO sama seperti pekerja yang lain.

Jom dapatkan beberapa platfor untuk bekerja secara bebas yang terdapat di Malaysia.

5 PLATFORM BEKERJA BEBAS MALAYSIA

Bekerja secara bebas sebenarnya menyeronokkan kerana andalah majikan, anda mempunyai kebebasan masa dan sebagainya!

Apakah 5 platform bekerja bebas yang ada di Malaysia? Semak disini ya!

1. Rtist

  • Platform Rtist merupakan platform No.1 Creative Job Platform in Malaysia.
  • Tonjolkan bakat anda melalui kemahiran dan portfolio kepada klien anda.
  • Melalui platform ini juga, klien akan mengumpulkan maklumat berguna tentang portfolio anda.
  • Bakat yang anda boleh tonjolkan melalui platforn ini ialah:

    a) Pembuatan dan penerbitan Ebook
    b) Reka bentuk maskot dan mural
    c) Penyuntingan dan pencampuran audio
    d) Reka bentuk dan penciptaan VR

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

2. Mytaskboss

  • Platform Mytaskboss sangat sesuai untuk anda yang boleh membuat tugasan seperti berikut:

    a) Kerja pembaikan
    b) Pemasangan
    c) Pembersihan
    d) Penghantaran
    e) Kerja dalam talian

  • Menariknya disini, anda akan dibayar upah perkhidmatan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Bestkan?
  • Melalui platform ini juga pelanggan boleh memohon apa-apa sahaja jenis perkhidmatan dan anda pula boleh memilih apa sahaja perkhidmatan yang anda boleh lakukan.
  • Anda juga boleh membat rundingan tawaran dengan pelanggan dan nyatakan mengapa andalah calon yang sesuai untuk tugas tersebut.
  • Mytaskboss juga menawarkan insuran kepada pelanggan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

3. JomPaw

  • Platform JomPaw ini pula sangat sesuai untuk anda yang berminat dengan haiwan peliharaan tau!
  • Perkhidmatan ini terdapat di seluruh negara dan untuk proses permohonan, anda perlu penuhi 5 proses yang ditetapkan.
  • Ujian tersebut ialah, pengetahuan anda tentang penjagaan haiwan, kebersihan haiwan, pemakanan dan juga kemahiran layanan pelanggan.
  • Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

    a) Penginapan haiwan peliharaan
    b) Lawatan haiwan
    c) Membawa haiwan bersiar-siar
    d) Menaiki teksi bersama haiwan peliharaan
    e) Latihan haiwan peliharaan

  • Pendapatan bulanan yang anda boleh dapatkan melalui platform ini adalah bermula RM1,100 hingga ke atas!

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

4. TeachMe

  • Platform TeachMe ini sangat sesuai untuk anda yang berminat untuk menjadi seorang guru.
  • Ia telah diperkenalkan sejak 2017 dan anda boleh mengajar secara online sahaja.
  • Antara subjek yang ditawarkan adalah:

    a) Sains Tingkatan 1-3
    b) Catur
    c) Bahasa seperti Bahasa Arab
    d) Fizik Tingkatan 6 untuk STPM

  • Bayaran upah anda boleh tetapkan sendiri mengikut jam bermula RM10 hingga RM40 bagi satu jam.
  • Pendaftaran adalah secara percuma dan TeachMe akan mengambil sedikit komisen dan selebihnya adalah hak anda! Ia akan dikreditkan terus ke akaun anda.

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

5. eRezeki

  • Platform eRezeki ini merupakan satu kerja yang dilakukan secara digital.
  • Antara pekerjaan yang ditawarkan melalui paltform ini ialah:

    a) Memasukkan data
    b) Memproses gambar
    c) Tugas berkaitan dengan SEO

  • Syarat kelayakan untuk menyertai eRezeki pula adalah seperti berikut:

    a) Pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM4,000. Jika lebih, anda masih boleh mendaftar, tetapi hanya akan diberikan kerja di bawah kategori digital
    b) Tiada sebarang yuran pendaftaran
    c) Umur 18 tahun dan ke atas
    d) Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

Kalau anda tak berminat untuk bekerja secara bebas melalui platform ini, anda boleh mencari pekerjaan melalui laman web berikut:

Nak Kerja Secara Bebas? Ini 5 Platform Jana Pendapatan Untuk Anda Mula Bekerja

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...