5 Tips Memandu Jika Terperangkap Dalam Banjir

177

Hari-hari hujan dan sudah ada tempat yang telah banjir secara tiba-tiba. Mesti ada yang risau sekiranya terpaksa memandu atau terperangkap dalam banjir. Jika redah juga, risau pula kereta rosak akibat banjir. Ada 5 tips memandu jika anda terperangkap dalam banjir yang anda semua perlu tahu dan ambil tahu untuk mengelakkan daripada kerosakan kereta anda sekiranya terperangkap dalam banjir.

Anda perlu kawal kelajuan dalam kadar yang selamat dan dalam masa sama terpaksa berdepan dengan situasi pemanduan yang anda perlu berhati-hati.

Jika anda rasa bimbang, ikuti 5 tips memandu jika terperangkap di dalam banjir seperti yang dikongsikan oleh PETRONAS ini.

5 TIPS MEMANDU JIKA TERPERANGKAP DALAM BANJIR

1. Gunakan gear rendah

Anda digalakkan untuk menggunakan gear rendah ketika meredah air banjir dan jangan lupa untuk menukar gear setelah melalui jalan yang tiada air. Untuk kereta dengan transmisi manual, guna gear satu dan teruskan memandu dengan kelajuan sekata. Ini ialah kerana jika muncung paip ekzos berada di dalam air, ada kemungkinan air disedut sedikit membuatkan enjin akan mati dan sukar untuk dihidupkan.

2. Ikut jalan kereta hadapan

Ikuti jalan yang dipandu kereta depan anda. Jangan lupa untuk memandu dengan jarak yang selamat dan pandu dengan perlahan.

3. Hubungi trak penunda

Jika enjin mati ketika meredah air banjir, jangan cuba untuk hidupkan semula kereta anda. Terus hubungi trak penunda dan tarik kereta anda ke bengkel.

4. Uji brek kenderaan

Seterusnya, uji brek kenderaan anda sekiranya anda berjaya meredah banjir. Pastikan brek anda selamat dan berfungsi dengan baik. Risau juga brek kenderaan anda rosak dan tidak berfungsi dalam kelajuan yang tinggi. Bawa perlahan dan tekan brek beberapa kali untuk mengeringkan kawasan antara cakera/dram dan pelapik brek.

5. Check periksa minyak enjin dan kotak gear

Setelah sampai ke destinasi, periksa minyak enjin dan kotak gear kenderaan anda. Jika minyak enjin kelihatan seperti dicampur dengan susu sedikit, ini bermakna air sudah masuk ke dalam enjin. Buka kotak udara dan periksa penapis. Jika basah, ini bermakna air sudah masuk.

Namun, anda tidak digalakkan untuk meredah banjir kerana risikonya amat tinggi. Risau kereta rosak dan pelbagai lagi masala lain yang akan berlaku.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...