Terkini, setelah dikemaskini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat 50+ jawatan kosong yang menantikan pemohon yang berkelulusan SPM untuk mengisi jawatan tersebut.
Jadi, pemegang sijil SPM juga berpeluang untuk berkhidmat di sektor awam dan berpeluang merasai pelbagai kelebihan serta faedah yang ditawarkan kepada para penjawat awam tersebut.
Ingin tahu apakah jawatan-jawatan tersebut? Lihat senarai jawatan seperti yang dikongsikan nanti.
SYARAT KELAYAKAN
Isi Kandungan
Sebelum itu, mari kita lihat terlebih dahulu apakah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon. Syaratnya ialah :
- Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.
- Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
- Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang diisyaratkan dalam skim perkhidmatan.
KELAYAKAN SPM SEBAGAI SYARAT LANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
i. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
ii. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.
SENARAI JAWATAN SPA MENGIKUT KELAYAKAN SPM DAN SIJIL VOKASIONAL (SVM)
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan sepertimana yang telah dikemaskini oleh SPA :
- Juruaudio Visual Gred N19
- Jurubahasa
- Jururawat Masyarakat Gred U19
- Juruteknik Komputer Gred FT19
- Juruteknik Perubatan Gred U19
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Operator Wayarles Gred N19
- Pegawai Bomba Gred KB19
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
- Pegawai Penjara Gred KA19
- Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
- Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
- Pembantu Akauntan Gred W19
- Pembantu Antidadah Gred S19
- Pembantu Arkib Gred S19
- Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
- Pembantu Geosains Gred C19
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
- Pembantu Hidupan Liar Gred G19
- Pembantu Kemahiran Gred H19
- Pembantu Kesatria Gred S19
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
- Pembantu Laut Gred A19
- Pembantu Makmal Gred C1
- Pembantu Muzium Gred S19
- Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
- Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
- Pembantu Pemuliharaan Gred S19
- Pembantu Pendaftaran Gred KP19
- Pembantu Penerangan Gred S19
- Pembantu Penerbitan Gred N19
- Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
- Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Pembantu Penilaian Gred W19
- Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
- 40. Pembantu Penyelidik Gred Q19
- Pembantu Perangkaan Gred E19
- Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
- Pembantu Perikanan Gred G19
- Pembantu Pustakawan Gred
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Pembantu Syariah Gred LS19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
- Pembantu Veterinar Gred G19
- Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
- Pengawas Hutan Gred G19
- Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
- Penyelia Asrama Gred N19
- Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Operator Wayarles Gred N19
- Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Pemeriksa Cap Jari Gred N19
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan serta syarat kelayakan seterusnya, anda boleh terus layari laman web SPA dengan klik disini sahaja.
Semoga anda berjaya menempatkan diri di sektor awam seperti yang anda idamkan dan lihat sini untuk buat permohonan di SPA9.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.