Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Platform Pelaburan Yang Selamat & Patuh Syariah. Dah Boleh Start Menabung Dah Untuk 2022

2,050

Walaupun dah masuh tahun baharu, tapi ia bukanlah satu alasan untuk berkata TIDAK jika anda nak buat tabungan bagi masa yang akan datang.

Biarlah lambat daripada orang lain asalkan anda membuat simpanan wang dalam pelbagai bentuk termasuklah pelaburan yang selamat dan patuh syariah.

Tapi anda tak tahu apakah platform pelaburan yang selamat dan patuh syariah? Tak mengapa, dapatkan 7 senarai platform yang dikongsikan ini dan anda boleh pilih yang mana satu anda nak.

4 KAEDAH KREATIF MEMBUAT SIMPANAN

Terdapat 4 kaedah yang agak kreatif untuk anda membuat simpanan iaitu:

1. Kaedah Paksa Rela

  • Paksa rela ini merujuk kepada proses simpanan di mana anda menggunakan akaun alternatif sebagai tabung simpanan. Caranya ialah anda cuma memasukkan sejumlah wang secara tetap ke dalam akaun tersebut.

2. Kaedah Satu Per Tiga

  • Apabila gaji atau bayaran masuk ke dalam akaun kita, kita mesti sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah ialah kaedah satu per tiga. Kaedah ini tidak membebankan anda kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.

3. Simpan Mengikut Warna

  • Anda pasti pernah dengar tentang cara kreatif untuk menabung ini. Asingkan mata duit mengikut warnanya, dan pilih satu “warna” untuk simpan. Apabila anda dapat nota wang dengan warna tersebut, terus simpan dan jangan digunakan.
  • Dapatkan tabung untuk simpan duit disini ya! Boleh nampak pula tu duit anda banyak mana dah masuk: https://shp.ee/qgv8ar5

4. Pelan Pelaburan

  • Kaedah simpanan ini melibatkan pelaburan duit ke pelaburan pasif. Mengapa pelaburan pasif? Pelaburan jenis ini mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kerugian. Salah satu kriteria penting dalam memilih pelan pelaburan ialah memilih jenis pelaburan yang akan memberikan pulangan yang sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi semasa.

7 PLATFORM PELABURAN SELAMAT & PATUH SYARIAH

Terdapat 7 platform pelaburan yang selamat dan patuh syariah yang anda boleh sertai seperti berikut:

1. ASB

  • Ada kata rugi melabur dalam ASB kerana pulangan yang diterima tidak besar seperti pelaburan yang lain.
  • Walaupun pulangan tak besar mana, tapi sesuai untuk buat simpanan daripada habis macam tu sahaja duit gaji anda kan?

2. Tabung Haji

  • Bagi yang beragama Islam, Tabung Haji merupakan satu platform yang bagus untuk anda.
  • Mengapa? Ini kerana paltform ini lebih selamat dan boleh pergi haji bila apabila telah  sampai gilirannya.

3. ASN dan ASM

  • Selain ASB, anda juga boleh juga membuat pelaburan di ASM dan ASN.
  • Bezanya ASM ini boleh disertai untuk yang bukan bumiputera. Dividen ASM juga tinggi berbanding platform lain.

4. Syarikat Swasta

  • Pelaburan jenis ini adalah jenis berisiko tinggi dan memang kena faham apabila melabur dalam syarikat swasta, pulangannya adalah berdasarkan keuntungan syarikat.
  • Kalau nak tahu, tidak semua berminat menerima pelabur persendirian kerana ramai pelabur tak faham maksud melabur dalam syarikat swasta.
  • Ada yang ingat melabur di syarikat swasta boleh dapat pulangan tetap. Ingat ya, pulangan tetap itu HARAM dalam islam.

5. Fixed Deposit

  • Ini instrumen yang bagus untuk anda yang ada bisnes sebab fixed deposit boleh dicagarkan untuk membuat pinjaman.
  • Walaupun fixed deposit mempunyai faedah yang rendah tetapi fleksibiliti yang ditawarkan sangat bagus.

6. Emas

  • Anda boleh juga buka akaun pelaburan emas di bank.
  • Minta tolong sangat jangan percaya pelaburan emas selain dari bank dan syarikat seperti public gold. Risau nanti melopong mulut anda.

7. Bursa Saham

  • Bab yang ini anda boleh ikuti mana-mana sifu saham yang ada di Malaysia tetapi pilihla yang terbaik dan bukan kaki scammer ya!
  • Anda boleh je ikuti Tuan Haji Asri dari Asri Ahmad-Academy kerana cara penyampaiannya adalah mudah difahami termasuklah selamat, mudah dan patuh syariah.

Kalau nak galakkan anak-anak anda menabung dengan keseronokan, boleh pilih jenis-jenis tabung disini tau!

Tabung Mesin ATM: https://shp.ee/njg2hm5

7 Platform Pelaburan Yang Selamat & Patuh Syariah. Dah Boleh Start Menabung Dah Untuk 2022

Tabung Muzik: https://shp.ee/827ss95

 

7 Platform Pelaburan Yang Selamat & Patuh Syariah. Dah Boleh Start Menabung Dah Untuk 2022Tabung Kartun Super Hero: https://shp.ee/qsqd4v5

7 Platform Pelaburan Yang Selamat & Patuh Syariah. Dah Boleh Start Menabung Dah Untuk 2022

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...