Hati-Hati Nak Makan & Minum Di Musim Banjir! Ini 7 Tip Yang Anda Perlu Ikuti Sebelum Makan & Minum
Walaupun banjir namak semakin pulih, harus diingat kepada semua mangsa yang terlibat agar menjaga kesihatan masing- masing terutamanya makanan dan minuman yang sedia ada di rumah.
Adakah makanan dan minuman tersebut boleh dimakan dan diminum lagi? Adakah ianya tidak tercemar?
Pastikan makanan dan minuman tersebut masih elok serta boleh dimakan agar anda tidak mengalami keracunan makanan dan sebagainya. Kalau begitu, ikuti 7 tip keselamatan makanan semasa musim banjir ini.
7 TIP KESELAMATAN MAKANAN SEMASA MUSIM BANJIR
Isi Kandungan
Menurut perkongsian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, terdapat 7 tip keselamatan makanan semasa musim banjir yang perlu semua orang ikuti untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada berlaku.
Ini kerana, pada musim banjir, sumber makanan lebih mudah tercemar kepada agen pencemaran termasuk penyakit bawaan air atau vektor seperti nyamuk, lalat atau tikus.
7 tip keselamatan makanan tersebut ialah:
1. Jangan AMbil Makanan Bersentuh Air Banjir
- Jangan sesekali mengambil makanan yang bersentuhan dengan air banjir. Anda tidak tahu sekiranya air banjir itu tercemar dengan najis daripada sisa kumbahan yang keluar. Air banjir tidak bersih kerana mengandungi pelbagai agen pencemar.
2. Bekas Tidak Tertutup Rapat
- Elakkan pengambilan makanan yang tidak berada dalam bekas yang tertutup rapat. Ada kemungkinan makanan anda disentuh oleh haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas.
3. Tin Rosak
- Jangan makan makanan dalam tin yang rosak. Tin yang sudah kemek, bocor, berlubang, berkarat atau menggelembung adalah petunjuk yang baik keadaan makanan di dalamnya mungkin sudah berubah.
4. Basuh Peralatan
- Basuh semua peralatan makanan sebelum menggunakannya. Basuh pinggan, cawan, sudu, garpu atau pembuka tin menggunakan sabun dan air bersih. Anda juga boleh membasuhnya dengan siraman air panas. Anda juga boleh merendamnya sekurang-kurangnya 15 minit dalam air panas.
5. Basuh Tempat Penyediaan Makanan
- Basuh tempat penyediaan makanan. Jangan sesekali tidak menghiraukan kebersihan meja penyediaan makanan. Guna sabun dan air bersih untuk membersihkannya. Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur klorin yang dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk tujuan cucian.
6. Air Bersih
- Hanya minum air bersih. Sekiranya ada, ambil minuman yang dibotolkan saja kerana kebersihannya lebih terjamin. Sekiranya tiada, boleh guna air paip, tetapi perlu dimasak terlebih dahulu. Jangan sesekali meminum air mentah.
7. Periksa Makanan Sejuk Beku
- Periksa makanan sejuk beku. Sekiranya peti ais anda terputus bekalan elektrik semasa banjir, cuba kurangkan untuk membuka peti ais dengan kerap. Ini untuk memastikan bahawa suhu dalam peti ais kekal sejuk agar makanan sejuk beku tidak rosak.
- Sekiranya bekalan elektrik pulih, periksa setiap pek makanan. Pastikan suhu setiap pek makanan berada pada paras bawah empat darjah Celsius. Makanan juga masih selamat untuk dimasak dan dimakan sekiranya masih ada kristal ais padanya.
TINDAKAN SEMASA & SELEPAS BANJIR
Apakah tindakan yang perlu dilakukan semasa dan selepas banjir? Rujuk disini ya!
TINDAKAN SEMASA BANJIR
TINDAKAN SELEPAS BANJIR
OLeh itu, berhati-hati sebelum makan atau minum ya! Elakkan daripada berlakunya jangkitan penyakit semasa dan selepas banjir, jaga kesihatan masing-masing.
Bagi anda yang ingin membuat sumbangan kepada mangsa banjir, anda boleh membuat sumbangan kepada mereka melalui aplikasi KitaJaga.co sahaja.
Manakala mangsa banjir yang kehilangan dokumen penting semasa banjir boleh menggantikannya secara percuma sahaja seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri baru-baru ini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.