Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Masukkan 8 Info Penting Ini Dalam Resume, Confirm HR & Bakal Majikan Tertarik Ambil Anda Bekerja

4,369

Anda yang masih lagi menggunakan resume lama sebagai permohonan untuk mendapatan pekerjaan, berenti dahulu!

Buat semakan pada resume anda dan update resume anda dengan memasukkan 8 info penting ini ke dalam resume anda.

Buat penambahbaikan ke dalam resume anda sekiranya anda ingin mendapat pekerjaan yang anda inginkan. Confirm majikan tertarik untuk ambil anda bekerja selepas membaca resume anda!

PERBEZAAN RESUME & CV

Nak tahu perbezaan resume dan CV? Tengok sini.

Resume

  • Ringkas dan padat (1 muka surat).
  • Hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon dan tiada format tertentu.

CV

  • Panjang (2 muka surat).
  • Mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format susunan kronologi terbalik.

Let's Get Your Resume & Cover Letter In Check! – Aspire Higher 365 Talent  Development Services

Baca juga: 6 Tips Buat Resume Mudah Dapat Kerja. Sekali Majikan Baca, Terus Tertarik Ambil Korang Kerja!

8 INFO PENTING RESUME TARIK PERHATIAN MAJIKAN

Nak tahu tak apakah 8 info penting yang perlu ada dalam resume untuk menarik perhatian HR dan Majikan ialah:

  • Masukkan gambar formal dan profesional berukuran pasport pada bahagian atas resume.
  • Pastikan anda meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon juga pada halaman atas resume. Boleh letakkan pada bahagian tepi atau bawah dari gambar anda.
  • Tulis profil peribadi ringkas seperti elevator pitch untuk menyerlahkan pengalaman dan kemahiran utama anda. Serlahkan diri anda pada bahagian ini ya!
  • Nyatakan pendidikan anda dari pendidikan yang tertinggi sehingga sekolah menengah sahaja.
  • Tulis pengalaman pekerjaan, internship atau projek sukarelawan dari yang terkini dan paling relevan.
  • Masukkan pencapaian serta anugerah yang pernah anda terima dan paling terbaik, anda masukkan pencapaian anda yang terkini.
  • Jangan lupa untuk menyenaraikan kemahiran yang ada pada anda. Pastikan kemahiran tersebut relevan dengan jawatan yang anda mohon.
  • Buat senarai jenis bahasa yang anda boleh menulis dan bercakap kerana ia merupakan satu kelebihan buat anda.

3 JENIS RESUME

Terdapat tiga jenis resume iaitu:

  • Chronological
  • Functional
  • Combination formats

Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

Tahu tak ada 4 laman web mencipta resume untuk anda yang ingin buat resume buat pertama kalinya?

Siap dengan template dan ayat yang sesuai untuk resume anda tau!

Dapatkan 4 laman web tersebut disini ya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...