Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

2,972

Sejak PKP, ramai memenuhi hobi masing-masing dan salah satunya adalah bercucuk tanam pokok bunga sehingga menghasilkan pendapatan secara tidak sengaja. Tetapi tahukah anda bahawa pokok bunga yang cantik dipandang mungkin beracun dan boleh mengakibatkan keracunan kepada manusia?

Pokok bunga bukan sahaja sekadar pokok hiasan, malah ia juga memberikan beberapa manfaat seperti:

  • Mengurangkan kemurungan
  • Membantu peredaran udara dalam rumah
  • Membantu memori dan kesihatan mental
  • Mengurangkan kesan cuaca panas

Jom dapatkan 8 jenis pokok bunga yang cantik dipandang namun sebenarnya beracun kepada manusia. Mungkin salah satunya ada di rumah anda.

SENARAI 8 JENIS BUNGA CANTIK TETAPI BERACUN

Pokok bunga ini perlu dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana ia mempunyai racun dan membahayakan nyawa sekiranya ada yang tertelan dan sebagainya.

Antara pokok bunga yang cantik tetapi beracun ialah:

1. FOXGLOVE

Bunga jenis ini sangat cantik dan berwarna warni. Ciri-cirinya ialah berbentuk loceng dan mekar serta mempunyai buah seperti beri. Tetapi hati-hati kerana ianya mengandungi sebatian yang digunakan untuk mengubati kegagalan jantung.

“Makan bunga ini seperti mengambil dos ubat jantung yang tidak dikawal,”

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

2. LILY OF THE VALLEY

Cantik tetapi racunnya boleh menyebabkan anda pening kepala, muntah, ruam dan cirit-birit. Perlu dirawat dengan segera kerana keracunan daripada pokok bunga ini boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat diambil tindakan.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

3. LILY

Pokok bunga ini sangat berbahaya kepada haiwan sperti kucing kerana racun yang ada padanya boleh menyabbakan kegagalan buah pinggang dan menyebabkan haiwan tersebut mati akibat keracunan.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

4. WISTERIA

Menjalar dan berwarna ungu. Cantik dipandang tetapi tidak membahayakan manusia kerana ianya sangat beracun bagi haiwan peliharaan anda seperti kucing, anjing dan kuda. Haiwan ini akan mengalami muntah dan cirit birit selepas makan bunga wisteria ini.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

5. HYDRANGEA

Hati-hati kerana ianya sangat beracun dan mengakibatkan kematian walaupun anda tertelan sedikit sahaja bunganya. Ia mempunyai racun jenis sianida serta berbahaya kepada manusia dan haiwan peliharaan.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

6. DAFFODIL

Pokok bunga ini racunnya terdapat pada akar umbinya dan sangat beracun kepada haiwan peliharaan. Ia boleh menyebabkan haiwan ini muntah, cirit-birit, kejang, bergetar dan aritmia jantung.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

7. RHODODENDRON & AZALEA

Warna merah dan sangat menarik namun ia boleh menyebabkan anda sakit perut, sukar untuk bernafas, lumpuh, koma dan menyebabkan kematian. Seluruh bahagian pada pokok bunga ini beracun dan kalau boleh, hindarkan daripada menanam pokok bunga jenis ini.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah Anda

8. OLEANDER

Pokok bunga jenis ini mempunyai 3 variasi warna iaitu putih, merah dan merah muda. Sebahagian kecil yang anda termakan boleh mengakibatkan kematian. Gejala keracunan ialah mengantuk, detak jantung yang perlahan dan gementar.

8 Jenis Bunga Cantik Tapi Beracun, Mungkin Salah 1 Ada Di Rumah AndaSUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...