Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini

1,762

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebanyak 89 jawatan di RISDA.

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online sahaja melalui portal rasmi MyFutureJobs dan anda boleh dapatkan cara-cara membuat permohonan melalui perkongsian.

Terdapat 6 jenis jawatan yang ditawarkan dan dapatkan senaraikan jawatan yang akan dikongsikan disini.

TARIKH MOHON JAWATAN

Anda boleh membuat permohonan bermula:

  • 7 Mac 2021 hingga 21 Mac 2021

JENIS JAWATAN YANG DITAWARKAN

Antara jawatan yang ditawarkan ialah:

89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini

SYARAT LANTIKAN SETIAP JAWATAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

JAWATAN 1 : PEGAWAI PERTANIAN GRED G41

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G41:RM2,390.37)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G41:RM2,492.57)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 2 : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00)
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 3 : PEGAWAI TADBIR GRED N41

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada instituti pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,080.00)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,283.43)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 4 : JURUTERA GRED J41

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:RM2,529.00)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Kejuruteraan Awam

JAWATAN 5 : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

  • Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM1,494.00)
  • Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM1,847.86)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN 6 : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan,

  • Klik MyFutureJobs
  • Klik nama jawatan
  • Klik SEARCH dan klik APPLY untuk teruskan permohonan anda.

89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini

Nota:

  • Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing dan laporan prestasi tahunan (LNPT) ketika menghadiri temuduga.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN JAWATAN

89 Kekosongan Jawatan RISDA Menanti Anda. Semak Cara Mohon Disini

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong pelbagai jawatan, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...