Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

9 Inisiatif Untuk Wanita & Kanak-Kanak Yang Terdapat Dalam Bajet 2021

1,821

Peruntukan RM2.584 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Belanjawan 2021 akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama.

Inisiatif yang diberikan oleh kerajaan memberi satu kepuasan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana belanjawan ini turut memberi manfaat kepada pengusaha taska dan golongan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri KPWKM sangat bersyukur dengan kenaikan kadar bantuan bulanan yang akan memanfaatkan 400,000 penerima, melalui peruntukan berjumlah RM2.2 bilion untuk meringankan beban golongan:

  • OKU.
  • Warga emas.
  • Pesakit kronik.
  • Anak-kanak daripada keluarga miskin serta penjaga mereka.

“Golongan OKU tidak terkecuali daripada menerima manfaat yang besar dalam Belanjawan kali ini terutama dari segi penjagaan sehinggalah ke peluang pekerjaan, dan golongan ini juga turut menikmati keistimewaan yang diberikan menerusi pas perjalanan tanpa had.”

9 INISIATIF UNTUK WANITA DAN KANAK-KANAK

Golongan wanita dan kanak-kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana kerajaan turut menyediakan beberapa inisiatif kepada golongan ini seperti:

1. MIKRO KREDIT KHAS

Peruntukan sebanyak RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas melalui TEKUN, MARA dan AgroBank.

2. AR-RAHNU BIZNITA

Kerajaan juga menyediakan RM50 juta di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

3. MIKRO BIZME KONTRAKTOR

Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.

Kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan.

4. SUBSIDI UJIAN MAMMOGRAM

Sebanyak RM10 juta untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

5. PUSAT KOMUNITI DAN NGO

Bagi meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar terutama ibu bapa yang bekerja, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan untuk anak selepas tamat sesi persekolahan.

Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor.

6. PROGRAM IMUNISASI PNEUMOKOKAL

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak di negara ini dan program itu dijangka memanfaatkan seramai 500,000 kanak-kanak.

7. TASKA DI BANGUNAN KERAJAAN

Dana khas berjumlah RM30 juta disediakan untuk penyediaan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bangunan kerajaan khususnya hospital. Ini adalah kerana petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya mengalami pelbagai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Dana sama dalam bentuk geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk sektor swasta. Ini bagi menggalakkan mereka menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di premis mereka.

8. PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM21 juta untuk membina Pusat Sokongan Sosial Setempat. pusat ini dibina bertujuan untuk membantu para wanita  yang berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

9. KEMAS

Juga sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Peruntukan itu antara lain bagi membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, serta penyelenggaraan dan pembaikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

9 Inisiatif Untuk Wanita & Kanak-Kanak Yang Terdapat Dalam Bajet 2021

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...