Anda yang berminat untuk menjalankan aktiviti penyembelihan ternakan boleh mohon ke rumah sembelih diberi kebenaran oleh Jabatan Perhidmatan Veterinar Negeri sebelum tarikh tutup.
Jadi, mereka yang berminat boleh membuat permohonan permit sembelihan ternakan secara sah melalui Jabatan Perhidmatan Veterinar Negeri seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.
INFO RINGKAS PERMIT PENYEMBELIHAN TERNAKAN JPV
Isi Kandungan
Di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.
Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PERMIT SEMBELIHAN TERNAKAN
Kaunter permit akan mula ditutup pada:
- 11 Mei 2021 hingga 17 Mei 2021
CARA MOHON PERMIT SEMBELIHAN TERNAKAN
Anda yang berminat boleh membuat permohonan melalui:
- Pusat Sembelihan yang diberi kebenaran secara sah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri lebih awal sebelum tarikh tutup permohonan.
- Isi borang permohonan terlebih dahulu.
Contoh borang permohonan
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PERMIT SEMBELIHAN TERNAKAN
Untuk membuat permohonan permit sembelihan ternakan, sila bawa bersama:
- Permohonan Permit sembelih
- Sijil kesihatan veterinar (yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.)
PERMOHONAN PERMIT SEMBELIH
- Permohonan Permit sembelih dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Veterinar samada di DVS Negeri atau PPVD atau Rumah sembelih Jabatan di mana yang lebih dekat. (Lampiran 3 dan Lampiran 4).
- Pemohon perlu mengemukakan sKV yang dikeluarkan oleh PVB atau VB.
- Bagi negeri yang melaksanakan pendaftaran ternakan, ternakan yang hendak disembelih perlu dibatalkan pendaftarannya.
- Penyembelihan Kecemasan Binatang yang didapati cedera parah atau dalam sesuatu keadaan yang menghendaki binatang itu disembelih dengan sertamerta boleh disembelih di mana-mana sebelum mendapat permit sembelih. Walau bagaimana pun karkas hanya boleh dijual sebagai makanan setelah mndapat kelulusan dari PBV.
- Permit sembelih akan menyatakan lokasi keberanan sembelih
- Permit sembelih boleh dikeluarkan secara manual atau elektronik dan atas talian.
- Bayaran untuk permit tersebut akan mengikut peraturan yang berkuatkuasa setempat.
CARTA ALIRAN KERJA PENGELUARAN AKAUN KEBENARAN SEMBELIH
Baca juga: Pembayaran iSinar Seawal 3 Mei 2021 Mengikut Batch. Semak Bayaran Melalui iAkaun
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat yang diperlukan mengenai permohonan permit sembelih di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.