Tips Dapatkan Diskaun 40% Dari KTM Untuk Perkhidmatan ETS Melalui Kad Diskaun Pelajar KTMB i Card Student

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengambil suatu inisiatif terbaru dalam mempromosikan perkhidmatan mereka kepada golongan sasaran iaitu pelajar sekolah dan juga mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

Selain itu, inisiatif ini juga adalah untuk meringankan beban pelajar di samping menggalakkan pelajar serta mahasiswa untuk menggunakan pengangkutan awam yang efektif iaitu keretapi.

Inisiatif tersebut adalah berbentuk Kad Diskaun Pelajar KTMB i Card yang menawarkan potongan harga tiket kepada pelajar dan mahasiswa.

Semua pelajar sekolah serta mahasiswa universiti dinasihatkan supaya merebut peluang ini. Anda akan dapat menikmati diskaun harga tiket sehingga 40%. Untuk memperoleh diskaun ini, anda perlu memohon bagi mendapatkan Kad Diskaun Pelajar KTMB secara online.

Mudah sahaja untuk mohon Kad Diskaun Pelajar KTMB i Card Student ini. Ikut sahaja langkah di bawah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KAD DISKAUN PELAJAR KTMB i CARD STUDENT

Terdapat beberapa syarat yang perlu diteliti sebelum anda memohon Kad Diskaun Pelajar KTMB. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

1.) Terbuka kepada pelajar sekolah, penuntut kolej serta mahasiswa universiti Malaysia sahaja.

2.) Perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM35 (harga ini termasuk GST dan Caj Penghantaran.)

3.) Tempoh sah kad adalah sebulan dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

PERMOHONAN KAD DISKAUN PELAJAR KTMB

Kad Diskaun Pelajar ini telah diperkenalkan bagi menggantikan Kad Bantuan Siswa 1 Malaysia (KADS1M) untuk perkhidmatan keretapi sahaja. Hal ini bermaksud untuk mendapatkan diskaun bagi harga tiket keretapi, KADS1M tidak boleh lagi digunapakai.

Pelajar hanya boleh menggunakan Kad Diskaun Pelajar KTMB untuk mendapatkan potongan harga tiket keretapi. Namun, sistem ini hanya dijalankan di bawah perkhidmatan keretapi KTMB sahaja. Untuk urusan yang melibatkan syarikat lain seperti makanan segera, kedai buku dan sebagainya, KADS1M masih boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan diskaun.

Bagi mendapatkan Kad Diskaun Pelajar KTMB ini, pelajar bolehlah memohon secara online. Permohonan secara online ini boleh dibuat di portal rasmi KTMB. Pihak KTMB telah membuka permohonan ini sejak 5 April 2016.

Bayaran pendaftaran bagi Kad Diskaun Pelajar KTMB adalah berjumlah RM 35 (harga ini termasuk GST dan kos penghantaran.)

Untuk urusan pembayaran, anda boleh membayar secara online banking melalui saluran-saluran yang ditawarkan seperti cimbclicks, maybank2u dan lain-lain. Anda juga boleh membayar menggunakan internet banking menerusi kad kredit ataupun kad debit.

Penggunaan Kad Diskaun Pelajar ini telah diperluaskan oleh pihak KTMB dengan cara memberikan diskaun tiket bagi perkhidmatan komuter dan ETS di Lembah Klang pada tahun 2015. KTMB juga turut bercadang untuk memperluaskan lagi penggunaan Kad Diskaun Pelajar KTMB ini bukan sahaja di Lembah Klang malah di semua stesen keretapi di seluruh Malaysia.

CARA-CARA MEMOHON KAD DISKAUN PELAJAR KTMB SECARA ONLINE

Anda boleh membuat permohonan Kad Diskaun Pelajar KTMB ini di laman web rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

1.) Layari laman web rasmi KTMB di  http://intranet.ktmb.com.my/ktmb_ui/

Cara-cara Permohonan Kad Diskaun Pelajar KTMB

2.) Pilih Sistem Aplikasi Borang Permohonan Kad Diskaun Pelajar KTMB i Card Student. (Link disertakan di bawah)

http://staff.ktmb.com.my/i-card/card/index.php?module=utama 

3.) Pilih Permohonan Baru/ New Application. Sila isi nombor kad pengenalan anda dengan betul dan pilih kategori sama ada pelajar ataupun mahasiswa.

Permohonan kad diskaun pelajar ktmb

4.) Kemudian, anda perlu mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki dalam borang seterusnya dan klik pada butang submit.

cara-cara permohonan kad diskaun pelajar ktmb 2

5.) Anda perlu membuat bayaran secara online banking atau internet banking sebanyak RM 35 dan tunggu permohonan anda diluluskan.

Nanti permohonan anda diluluskan anda boleh terus melakukan tempahan tiket ETS dan Antarabandar dengan diskaun sebanyak 40%. Dah tentu menjimatkan anda sebagai pelajar bukan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.