Bayaran iSinar bagi bulan Mei yang lalu telah dikreditkan ke akaun penerima masing-masing seawal 3 Mei 2021 untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sehingga menjejaskan pendapatan.
Malah, bayaran yang dilakukan juga mengikut batch sehingga semua penerima menerima bayaran seperti yang telah dijadualkan oleh KWSP.
Rujuk: Pembayaran iSinar Seawal 3 Mei 2021 Mengikut Batch. Semak Bayaran Melalui iAkaun
INFO RINGKAS iSINAR KWSP
Isi Kandungan
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Terdapat 2 kriteria kelayakan untuk memohon pengeluaran iSinar Akaun 1 iaitu:
TARIKH KREDIT iSINAR KE AKAUN PENERIMA
Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah seperti berikut:
- 1 Jun sehingga 10 Jun 2021
TEMPOH KREDIT AMAUN iSINAR
Tempoh kredit amaun iSinar adalah dalam masa:
- 1 hingga 5 hari bekerja dan mengikut bank masing-masing.
- Ahli yang menerima pada 3 Mei sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Jun 2021.
- Maksimum adalah dalam tempoh 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN
Untuk membuat semakan, anda boleh masuk ke laman iAkaun KWSP anda dan buat semakan bayaran seperti berikut:
- Klik https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Klik LOG MASUK.
- Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
- Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
- Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
- Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
- Kemudian klik pada iSINAR.
- Jadual pengeluaran wang iSinar akan dipaparkan kepada anda mengikut turutan termasuk pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini.
Baca juga: Cara Semak Jadual Pembayaran Bulanan iSinar Tanpa Syarat & Pindaan Amaun
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000/03-8922 4848
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
- FAQ iSINAR
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.