Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kelonggran telah diberikan kepada majikan untuk mengemukakan borang kertas berkaitan cukai pendapatan pekerja warga asing mereka melalui emel selain serahan tangan dan pos hingga 31 Disember ini.
Kelonggaran ini diputuskan oleh LHDN kerana mereka sangat memahami situasi ketika ini dimana seluruh Malaysia dikenakan PKP 3.0 serta ingin menyahut cabaran Kerajaan untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara kini.
Apakah borang-borang berkaitan cukai pendapatan pekerja asing yang boleh dihantar melalui emel ke LHDN?
INFO RINGKAS PENYERAHAN BORANG LHDN
Isi Kandungan
Sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lepas, majikan dikehendaki menyerahkan borang-borang tersebut secara dalam talian e-SPC, serahan tangan dan pos selaras dengan pindaan Subseksyen 83 (2), (3) dan (4) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
LHDN berkata, bermula 1 Januari 2022, pihak LHDN akan melaksanakan semula kaedah serahan borang-borang tersebut mengikut pindaan akta yang ditetapkan sebelum ini.
TEMPOH KEMUKA BORANG CUKAI PENDAPATAN LHDN
Majikan boleh kemukakan borang-borang tersebut sehingga:
- 31 Disember 2021
JENIS BORANG CUKAI PENDAPATAN LHDN
Borang-borang cukai pendapatan pekerja awarga asing adalah:
- Borang CP21 (pemberitahuan pekerja meninggalkan Malaysia).
- Borang CP22 (pemberitahuan pekerja baharu).
- Borang CP22A (pemberitahuan pemberhentian pekerja (termasuk pemberhentian disebabkan kematian) bagi pekerja swasta).
- Borang CP22B (pemberitahuan pemberhentian pekerja (termasuk pemberhentian disebabkan kematian) bagi pekerja sektor awam.
KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi LHDN menerusi:
- Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
- HASiL Live Chat
- Borang Maklum Balas: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.