Aplikasi TikTok masa kini menjadi pilihan utama setiap lapisan masyarakat selain daripada Facebook dan Instagram.
Kadangkala gajet-gajet yang dikongsikan di TikTok menjadi viral seterusnya menjadi ikutan untuk dibeli sebagai kegunaan harian.
Maklumlah benda baharu dan mungkin sebilangan daripada kita baru tahu bahawa gajet ini wujud serta dijual di Shopee. dan Lazada.
Baca juga: Mulai 17 Jun Ini, Shopee Tidak Benarkan Korang Pilih Perkhidmatan Kurier Lagi Seperti Sekarang
Apakah 5 gajet viral di TikTok yang menarik minat anda dan boleh dibeli? Jom tengok disini.
5 GAJET VIRAL DI TIKTOK
Isi Kandungan
Antara 5 gajet viral di TikTok yang mungkin menarik minat anda adalah:
1. Balance Lamp
Apa itu Balance Lamp?
- Lampu LED magnetik sesuai diletakkan di dalam bilik tidur.
- Fungsi ON/OFF yang mudah.
- Mempunyai tiga jenis lampu: warm, natural, white light.
- Menggunakan kable USB untuk pengecasan.
- Harga sekitar RM150 (kalau beli di Shopee boleh dapat murah lagi tau!)
2. Magnetic Levitation
Apa pula Magnetic Levitation ni?
- Platform terapung magnetik untuk papar objek.
- Boleh berputar 360° untuk paparan menyeluruh.
- Dilengkapi lampu LED sebagai spotlight untuk objek.
- Ada juga yang direka khas boleh menampung objek besar seperti kasut.
- Harga sekitar RM170-RM270
3. Portable Blender
Ini semua orang pun tahu kan?
- Pengisar mudah alih dengan fungsi pengecasan semula.
- Rekaan mudah guna dan dilengkapi penutup kalis tumpah.
- Mempunyai kapasiti 300ml dengan fungsi bancuhan automatik.
- Harga sekitar RM22.90
4. Keyboard Slime
Macam comel je kan. Tapi ia mampu bersihkan keyboard sampai bersih tau!
- Gel membersih diperbuat dari getah sayur.
- Tidak melekit di tangan dan tidak mempunyai bahan merbahaya.
- Boleh digunakan untuk buang habuk dan kotoran pada celahan papan kekunci atau pelbagai jenis alat.
- Harga sekitar RM12.99
5. Lampu Quby
Ini paling comel. Tapi besar sumbangan dia tau!
- Lampu LED
- Mesra kanak-kanak kerana diperbuat daripada silikon
- On Off dengan sentuhan sahaja
- Bateri boleh dicaj
- Harga sekitar RM80
MANA NAK BELI SEMUA GAJET INI?
Berminat ke tu? Jika anda berminat dan ingin membuat pembelian, mudah sahaja! Semuanya dihujung jari anda sahaja kerana semuanya boleh dibeli secara online sahaja.
Anda boleh membuat pembelian di platform yang paling digemari oleh semua orang iaitu di:
Atau melalui kedua-dua aplikasi yang telah anda muat turun di telefon bimbit masing-masing.
Mudah kan?
Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.