Apakah Syarat Mohon Khidmat PKRCS Khas (Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Swasta) B40? Semak Disini
Pesakit yang disahkan positif Covid-19 pastinya inginkan keadaan rehat yang selesa dan kondusif sepanjang perintah kuarantin dilaksanakan.
Bagi golongan B40 yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dipelawa untuk memohon Khidmat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan.
Ingin tahu kelayakan dan cara mohon Khidmat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan? Semak je disini.
INFO RINGKAS PKRCS KHAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Isi Kandungan
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan ini dibuka untuk:
- Menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 yang mendiami PPR dan PA DBKL untuk menjalani kuarantin kendiri bagi mengelakkan ahli keluarga yang lain dijangkiti ekoran keadaan rumah yang sempit dan sesak.
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon PKRCS adalah:
- Pesakit Covid-19
- Golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja
KRITERIA KELAYAKAN
Khidmat PKRCS ini hanya ditawarkan kepada:
- Mereka yang disahkan positif Covid-19 kategori 1 atau 2.
- Tergolong dalam golongan B40.
- Dikenakan perintah kuarantin.
- Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.
- Keadaan rumah tidak kondusif/lain-lain keadaan yang tidak selesa.
PENENTUAN KELAYAKAN
Penentuan kelayakan untuk menikmati inisiatif Khidmat PKRCS ialah:
- Pegawai Perubatan yang bertugas di Covid-19 Assessment Centre (CAC) atau Pejabat Kesihatan (PK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jadi, hanya CAC atau Pejabat Kesihatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja yang akan mengenalpasti dan melakukan penilaian kelayakan bagi kemasukan pesakit ke Pusat PKRCS Khas.
Pesakit juga perlu mematuhi peraturan di PKRCS dan mejalani tempoh kuarantin yang ditetapkan.
FASILITI TAMBAHAN
Untuk pengetahuan anda, tiada fasiliti tambahan yang disediakan kepada anda.
Perkhidmatan yang disediakan kepada anda adalah:
- Penginapan percuma
- Makanan
- Rawatan sahaja
LOKASI PKRCS
Terdapat 4 lokasi PKRCS Khas iaitu:
- Hotel Royal Chulan
- International Youth Center
- Tamu Hotel Kampung Bharu
- Hotel Travel City Centre
CARA MOHON
Untuk mohon ke Pusat PKRCS Khas, anda hanya perlu hubungi CAC dan Bilik gerakan Pejabat Kesihatan di talian berikut:
- 03-2268 7301
- 03-2698 3757
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.