Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Vaksinasi Secara Walk-In Mengikut Kategori & Ini Tarikh Untuk Semakan Anda

Beruntung jadi warga Lembah Klang kerana boleh mendapatkan vaksin secara walk-in sahaja mulai 2 Ogos 2021.

Terdapat 2 kategori yang ditetapkan untuk hadir vaksin secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu untuk kategori Warganegara dan Bukan Warganegara.

Jadi, anda boleh dapatkan senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk Vaksinasi Walk-In mengikut kategori beserta tarikh yang ditetapkan.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

TARIKH VAKSINASI WALK-IN

Tarikh untuk vaksinasi secara walk-in adalah bermula pada:

  • 2 Ogos 2021 hingga 22 Ogos 2021

KATEGORI VAKSINASI WALK-IN

Terdapat 2 kategori yang boleh hadir ke Vaksinasi Walk-In iaitu:

  • Warganegara
  • Bukan warganegara

TARIKH VAKSINASI WALK-IN MENGIKUT KATEGORI

Tarikh vaksinasi walk-in mengikut kategori pula adalah seperti berikut:

Warganegara

  • 2 hingga 4 Ogos 2021: 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
  • 5 hingga 22 Ogos 2021: 18 tahun ke atas

Bukan warganegara

  • 9 hingga 11 Ogos: 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
  • 12 hingga 22 Ogos 2021: 18 tahun ke atas

Proses vaksinasi akan bermula pada 2 petang dan mengikut senarai PPV yang dikhaskan untuk walk-in.

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk dapatkan vaksinasi secara walk-in, anda perlu membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Individu komorbid: Sila bawa bersama surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda.
  • Anda juga perlu membawa bukti menunjukkan lokasi bermaustatin Lembah Klang seperti contoh berikut:a. Alamat di Kad pengenalan
    b. Lesen memandu
    c. Bil utiliti atau kad kredit
    d. Kad pekerja
    e. Kad pelajar
    f. Surat perjanjian
    g. Dokumen yang sesuai

SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) VAKSINASI WALK-IN

Dimanakah anda boleh dapatkan vaksinasi secara walk-in?

Semak senarai PPV untuk vaksinasi walk-in disini:

May be an image of text that says 'SENARA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN PPV Vaksinasi walk-in WARGANEGARA 2-22 OGOS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCo G Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO Η Bangi Avenue Convention Centre (Bacc) Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak, Sabak Bernam Dewan Komuniti Serendah Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC) BUKAN WARGANEGARA 9-22 OGOS 1. Stadium Nasional Bukit Jalil vaksincovid.gov.my LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)'

VAKSINASI WALK-IN PROGRAM JANGKAU LUAR KOMUNITI

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat satu lagi vaksinasi secara walk-in iaitu melalui Program Jangkau Luar Komuniti.

Maklumat penuh vaksinasi walk-in melalui Program Jangkau Luar Komuniti adalah seperti berikut:

  • Bermula pada: 9 Ogos 2021
  • Maklumat program seperti tarikh, masa dan lokasi bergantung kepada jadual agensi yang terlibat.
Nota: Segala makluman terkini mengenai vaksinasi walk-in melalui Program Jangkau Luar Komuniti aan dihebahkan melalui pelbagai saluranmedia dari semasa ke semasa.

Dokumen Penting

Pastikan anda membawa bersama dokumen penting berikut ketika hadir ke Vaksinasi Walk-In Program Jangkau Luar Komuniti:

  • Dokumen penting bukti bermaustatin di Lembah Klang
  • Sila bawa bersama surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda bagi individu komorbid

Baca juga: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

May be an image of one or more people and text that says 'VAKSINASI SECARA WALK-IN melalui Program Jangkau Luar Komuniti Bermula 9 Ogos 2021 Maklumat program (tarikh, masa dan & lokasi) bergantung kepada jadual agensi yang terlibat. Hebahan tentang maklumat program ini akan dibuat melalui pelbagai saluran media. Sila bawa bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang. Contoh: alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi. Bagi individu komorbid, sila bawa surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda. vaksincovid.gov.my LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)'

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.