Cara Kemuka Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan Untuk Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda

Warga Kelantan boleh mendapatkan pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

Jika anda ingin melanjutkan pengajian ke universiti atau IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YAKIN, anda bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman ini.

kelantan universiti

Setelah selesai pengajian kelak, anda boleh memohon untuk mendapatkan diskaun bayaran semula pinjaman ini sebanyak 25% daripada pinjaman yang anda peroleh jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester menurut syarat-syarat yang ditetapkan.

TARIKH PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI DIBUKA

Tarikh pinjaman pendidikan ini akan dibuka pada awal bulan Jun setiap tahun. Jika diteliti pada tarikh buka permohonan tahun lepas adalah 4 Jun 2017. Tahun ini tarikh buka permohonan juga mungkin dalam linkungan tarikh tahun lepas. Pastikan anda sentiasa peka dengan iklan pinjaman ini yang disiarkan oleh YAKIN.

Manakala tarikh tutup permohonan setiap tahun pula adalah bulan Ogos. Pastikan anda menghantar permohonan sebelum atau pada bulan Ogos.

PERINGKAT PENGAJIAN YANG DITAJA

Pastikan anda mendapat tawaran di Universiti atau IPT dalam peringkat pengajian berikut untuk memohon pinjaman pendidikan ini.

  • Ijazah/ Diploma di Universiti atau IPT Awam.
  • Ijazah/ Diploma di UNISZA (Kursus selain Usuludin, Dakwah dan Syariah)
  • Ijazah/ Diploma dan Sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Ijazah Pertama Universiti dan IPT di luar negara yang mendapat pengiktirafan daripada JPA (bagi negara Jordan, Mesir, Indonesia)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

  • Pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sebelum anda membuat permohonan pinjaman pendidikan ini. Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia peranakan Kelantan
  • Bermastautin di Negeri Kelantan
  • Telah diterima masuk ke Universiti atau Institut Pengajian Tinggi (IPT Awam sahaja)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Pelajar yang sedang ditaja oleh penaja lain tidak layak memohon.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU ANDA SERTAKAN

Pastikan juga anda menyertakan beberapa dokumen ini bersama borang permohonan setelah anda siap isi.

  • Salinan surat tawaran ke Universiti atau IPT
  • Salinan keputusan peperiksaan akhir semester
  • Salinan sijil kelahiran
  • Sijil persekolahan yang berkaitan

kelantan 1

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Permohonan dibuka secara manual. Jika anda ingin memohon pinjaman pendidikan ini, sila ikut cara-cara berikut:

    1. Beli borang permohonan di Pejabat YAKIN dengan harga RM2.
    2. Permohonan mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10cm beralamat sendiri dan bersetem RM1 serta wang pos RM2.
    3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti atau IPT, salinan keputusan peperiksaan akhir tahun, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN yang di alamat berikut:

 

PENGARAH
YAYASAN KELANTAN DARUL NAIM
TINGKAT 5, KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
(UP: BAHAGIAN PELAJARAN)

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman pendidikan ini dan juga untuk mengetahui tarikh permohonan ini dibuka, anda boleh layari laman web rasmi YAKIN dengan cara klik pada link di bawah.

Laman web rasmi YAKIN:

kelantan yakin

Untuk anda yang merupakan warga Kelantan, mohonlah pinjaman pendidikan ini. Pinjaman ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam meringankan beban kos pendidikan anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.