Alhamdulillah! Lulus peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Langkah seterusnya adalah temuduga dan sebaiknya calon buat persiapan mulai sekarang agar proses temuduga berjalan dengan lancar.
Calon boleh dapatkan contoh soalan serta tips temuduga yang dikongsikan oleh panel penemuduga dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada agar anda menjadi calon pilihan untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
INFO RINGKAS JAWATAN PENILAIAN GRED W41
Isi Kandungan
Setiap calon diingatkan untuk mendapatkan info-info penting berkaitan jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 kerana penemuduga akan bertanyakan soalan yang berkaitan jawatan anda pohon untuk mengetahui sama ada calon ambil tahu atau tidak mengenai jawatan tersebut.
Antara info mengenai jawatan yang anda perlu tahu ialah:
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
- Gaji Minimum: RM2,094.00
- Gaji Maksimum: RM9,585.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
DESKRIPSI TUGAS
Calon-calon mestilah tahu apakah deskripsi tugas sebagai Pegawai Penilaian Gred W41 kerana panel penemuduga akan bertanyakan soalan mengenai tugasan berkaitan jawatan yang dipohon.
Deskripsi tugas Pegawai Penilaian Gred W41 ialah:
- Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
19 CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
Ramai calon yang telah hadir temuduga Pegawai Penilaian Gred W41 berkongsikan contoh-contoh soalan yang telah ditanya kepada mereka pada temuduga yang lepas.
Antara 19 soalan yang ditanya semasa interview tersebut ialah:
- Sila kenalkan diri anda secara ringkas dan padat.
- Mengapa anda memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja di Jabatan yang lain?
- Apakah makanan kegemaran anda?
- Mengapa Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal?
- Nyatakan kaedah-kaedah penilaian.
- Apakah perbezaan antara Harga, Nilai dan Kos?
- Mengapa terdapat nilai hartanah lebih rendah berbanding harga dan kos?
- Terdapat berapa kaedah dalam kaedah baki?
- Apakah gambaran yang anda boleh lihat di Stesyen Minyak?
- Apakah aktiviti-aktiviti yang berlaku di sana?
- Jika sesebuah Stesyen Minyak terlibat dengan Pengambilan
- Tanah, nyatakan orang berkepentingan yang mungkin terlibat.
- Jika dihantar berkhidmat di Sabah atau Sarawak, anda terima?
- Apa perbezaan seksyen 4 dan seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah?
- Berikan kaedah penilaian yang sesuai untuk harta tanah special property.
- Kenapa nak bekerja dalam sektor kerajaan?
- Ada apa-apa soalan yang ingin ditanya?
- Ada perbezaan jika nilai tanah dinilai pada seksyen 4 atau seksyen 8?
- Apakah cadangan anda untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan JPPH?
Tips Lulus Temuduga
Anda ingin lulus temuduga dengan cemerlang? Anda boleh amalkan tips yang diberikan ini sebagai panduan dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.
- Persediaan yang secukupnya : Setelah mengetahui bahawa ada telah dipanggil temuduga, anda perlu membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Malahan anda perlu dapatkan maklumat penting mengenai jabatan yang akan anda bertugas. Juga dapatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
- Buat latihan temuduga : Penting untuk anda membuat latihan temuduga dengan membuat soalan serta menjawab soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan lupa untuk study dan ingat semula istilah-istilah penting yang selalu digunakan dengan pekerjaan anda.
- Buat persiapan pakaian : Penampilan yang kemas dan meyakinkan sangat penting. Siapkan pakaian anda dengan lebih awal supaya tidak ada sebarang masalah.
- Persiapan sijil dan dokumen : Pastikan sijil dan dokumen yang diperlukan disusun mengikut panduan SPA. Klik sini untuk dapatkan panduan penuh susunan dokumen anda.
- Hadir awal : Hadir awal 15 hingga 30 minit walaupun temuduga dilakukan secara online.
- Sopan dan yakin : Pastikan anda sopan ketika temuduga TSOI dan menjawab soalan dengan yakin. Jangan lupa senyum ya.
- Ucap terima kasih : Setelah tamat temuduga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.