Interview Online TSOI Pengawal Keselamatan Gred KP11 & 15 Contoh Soalan Temuduga Buat Anda
Tercari-cari contoh soalan temuduga secara online TSOI untuk jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11?
Jika ya, anda boleh dapatkan 15 contoh soalan temuduga Pengawal Keselamatan Gred KP11 disini sahaja dan boleh dapatkan maklumat berdasarkan soalan-soalan yang dikongsikan disini.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan tips untuk menghadapi temuduga online TSOI agar anda lebih bersedia dan pastikan ianya berjalan dengan lancar.
INFO RINGKAS PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon sangat penting untuk anda ketahui kerana ia merupakan soalan paling popular ditanya oleh penemuduga?
Jika anda ingin menjawab setiap soalan mengenai jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, pastikan anda membaca info mengenai jawatan ini seperti berikut:
- Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Gaji Minimum: RM1,205.00
- Gaji Maksimum: RM2,939.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00
DESKRIPSI TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Nak kerja sesuatu jawatan itu sudah pasti calon perlu juga tahu apakah tugasan masing-masing bukan?
Macam mana nak tahu tugas sebagai Pengawal Keselamatan Gred KP11? Ini deskripsi tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang anda perlu tahu:
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
15 CONTOH TEMUDUGA SOALAN PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Setiap temuduga pastinya calon perlu lakukan persediaan kerana masing-masing inginkan jawatan yang dipohon.
Buat persediaan dengan sebaiknya dan dapatkan 15 contoh soalan temuduga ini agar anda lebih yakin serta bersedia semasa temuduga dijalankan.
- Siapa nama penuh anda dan terangkan secara ringkas tentang diri anda.
- Anda graduan universiti, mengapa anda memohon jawatan ini?
- Bagaimana anda berurusan dengan pelanggan yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh jabatan?
- Adakah ada bersedia untuk ditugaskan secara giliran, jadual tanpa mengira waktu?
- Anda boleh bekerja secara pasukan?
- Apakah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298)?
- Bolehkah anda meminta kad pengenalan orang ramai yang ingin memasuki jabatan dan berikan pas masuk kepada mereka?
- Perlukah anda membuat pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak jabatan yang anda ditempatkan?
- Terangkan 3 aspek kawalan keselamatan aset meliputi fizikal, dokumen dan personel.
- Berikan 4 tatacara kawalan keselamatan lalu lintas.
- Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat sesuai yang ada pada anda untuk melayakkan anda menjawat jawatan ini?
- Apakah situasi politik negara pada masa kini?
- Siapakah Ketua Pengarah Jabatan/Kementerian ini?
- Bacakan 5 rukun negara kepada saya.
- Bolehkah anda membuat kerja lebih masa sekiranya diperlukan?
10 TIPS TEMUDUGA SECARA ONLINE IN SITU (TSOI)
Info ringkas TSOI:
- TSOI oleh SPA telah dilaksanakan mula 15 Jun 2021.
- TSOI dilaksanakan secara online dari lokasi calon berada.
- Calon akan menerima emel mengenai panduan dan arahan lengkap temuduga TSOI daripada SPA.
- Semak jadual TSOI melalui emel, laman rasmi SPA dan FB SPA.
10 Tips Temuduga Secara Online TSOI adalah seperti berikut:
- Berdoa
- Bersedia lebih awal
- Persediaan AVL
- Ketrampilan
- Salam
- Pandang lensa kamera
- Bercakap dengan jelas
- Fokus
- Tingkatkan keyakinan diri
- Buat latihan simulasi
Rujuk: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.