Diskaun Sebanyak 3% & Bukan Sekadar Roadtax, Renew Insurans Kenderaan Juga Boleh Dibuat Di PUSPAKOM
Pemilik kenderaan bukan sekadar boleh renew roadtax anda di PUSPAKOM, malahan juga boleh membuat pembaharuan insurans kenderaan anda di PUSPAKOM dengan diskaun sebanyak 3%!
Tak perlu lagi anda membuat urusan kenderaan anda di tempat yang berlainan dan sebaliknya anda boleh menjimatkan masa anda dengan membuat setiap proses renew insurans dan roadtax serentak di PUSPAKOM sahaja.
Bagaimanakah caranyan untuk renew insurans di PUSPAKOM? Semak sahaja cara untuk renew insurans kenderaan anda disini dan terus renew roadtax ya!
TARIKH RENEW INSURANS KENDERAAN DI PUSPAKOM
Isi Kandungan
Pemilik kenderaan boleh membuat pembaharuan insurans kenderaan mulai:
- Ogos sehingga 31 Disember 2021
JUMLAH DISKAUN
Sekiranya anda renew insurans kenderaan di PUSPAKOM, anda akan mendapat diskaun sebanyak:
- 3%
JENIS KENDERAAN
PUSPAKOM telah menetapkan hanya kenderaan berikut sahaja yang layak pembaharuan insurans iaitu:
- Kenderaan persendirian
- Kenderaan perdagangan
2 KRITERIA PERBAHARUI INSURANS DI PUSPAKOM
Hanya terdapat 2 kriteria sahaja yang diperlukan untuk renew insurans kenderaan iaitu:
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi PUSPAKOM.
SEBUT HARGA INSURANS KENDERAAN
Sebelum anda hadir ke PUSPAKOM untuk renew insurans kenderaan, anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma melalui pautan berikut:
TEMUJANJI RENEW INSURANS & ROADTAX
Sebelum hadir ke PUSPAKOM, pastikan membuat temujanji terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik pada Make An Appointment Now
- Pilih lokasi anda.
- Seterusnya pilih tarikh yang anda akan hadir untuk urusan renew insurans.
- Setelah siap, isikan maklumat anda seperti yang diperlukan dan akhir sekali klik BOOK untuk tempahan temujanji.
Untuk info lebih lanjut, sila dapatkan di: Renew Roadtax Dah Boleh Buat Di Puspakom Mulai 1 September Ini. Pastikan Buat Temujanji Dahulu Ya!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai renew insurans di PUSPAKOM sila hubungi:
- 03-2052 7417
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.