Pelajar Boleh Nikmati Internet Laju Tanpa Had RM10 Sahaja Sebulan Dengan 2 Pakej Baharu

Selepas ini tiada lagi masalah internet yang akan berlaku pada pelajar yang memulakan pelajaran di rumah atau PDPR.

Ini kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan mengenai 2 pakej baharu untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Hanya RM10 sahaja diperlukan sebulan oleh setiap pelajar untuk menikmati internet laju sepanjang tempoh pembelajaran di rumah masing-masing.

TUJUAN 2 PAKEJ INTERNET RM10 SEBULAN PELAJAR DIPERKENALKAN

Untuk pengetahuan anda, 2 pakej internet RM10 sebulan pelajar ini diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ialah:

  • Membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.

TARIKH DAFTAR PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Pendaftaran untuk Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia adalah bermula:

  • 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022 (6 bulan)

2 PAKEJ BAHARU INTERNET

2 pakej baharu internet yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk pelajar kali ini ialah:

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

  • Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah ditawarkan pada kadar RM10 sebulan. Ia perlu dibayar terus selama tiga bulan pada kadar RM30.
  • Mereka akan mendapat 20GB untuk tiga bulan selain diberikan data percuma 1GB selama 90 hari untuk aktiviti produktiviti selain penawaran internet tanpa had.
  • Pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, pembelajaran dalam talian serta aktiviti hiburan.
  • Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

  • Membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
  • Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Pelajar Boleh Nikmati Internet Laju Tanpa Had RM10 Sahaja Sebulan Dengan 2 Pakej Baharu

KENYATAAN MEDIA

Pelajar Boleh Nikmati Internet Laju Tanpa Had RM10 Sahaja Sebulan Dengan 2 Pakej Baharu

Baca juga: Pelajar IPT Bawa Kad Pengenalan & Kad Matrik Sahaja Untuk Vaksin Walk In Di PPV

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.