Cara Mohon Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) IPTA Sesi 2021/2022

Pelajar universiti yang merupakan rakyat negeri Kelantan dan menetap di Kelantan dipelawa untuk memohon Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN).

Permohonan telah dibuka mulai 15 September 2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.

Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada pautan yang akan dikongsikan sebentar lagi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat permohonan Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) secara online sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada:

  • 7 Oktober 2021 (Khamis)

TARIKH AKHIR PENERIMAAN BORANG/DOKUMEN

Pelajar juga digalakkan untuk menghantar borang serta dokumen yang diperlukan ke pejabat YAKIN pada tarikh berikut:

  • 14 Oktober 2021 (Khamis)

Baca juga: Pelajar Boleh Nikmati Internet Laju Tanpa Had RM10 Sahaja Sebulan Dengan 2 Pakej Baharu

PERINGKAT PENGAJIAN

Pemohon yang digalakkan untuk memohon Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) secara online adalah:

  • Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja)
  • Ijazah KIAS -KUIN di Kolej Islam Antarabangsa Sultan ISmail Petra (KIAS)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang mempunyai kelayakan seperti berikut sahaja yang layak membuat permohonan dan kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia peranakan Kelantan dan bermaustatin di Negeri Kelantan.
  • Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti/Institusi tempatan.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online melalui Portal Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN dipautan berikut:

Cara Mohon Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) IPTA Sesi 2021/2022

  • Klik Daftar (Dalam Negara)
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan klik Terima Syarat Dan Isi Borang.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  • Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
  • Surat Sumpah/Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga
  • Sijil-sijilpersekolahan (SPM,STPM,STAM) dan lain-lain berkaitan
  • Satu keping gambar berukuran pasport
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang bekerja) dan dihantar ke alamat:

    Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN)
    Tingkat 5, Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah Mati,
    15000 Kota Bharu, Kelantan
    Telefon: 09-748 3213/744 6127

Nota: Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup/tidak lengkap/tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana ketetapan akan ditolak/tidak akan diproses.
Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan.
Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan jika tidak menerima sebarang jwapan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Cara Mohon Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) IPTA Sesi 2021/2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pinjaman Yayasan Kelantan DarulNaim (YAKIN) di saluran berikut:

  • 09-748 3213/744 6127
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.