Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM & Ini Dokumen Yang Diperlukan

Bukan sekadar orang awam sahaja yang perlu membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) malahan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu membuat semakan WTD.

Bagaimana pula untuk membuat semakan dan tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM?

Dan apa pula dokumen yang diperlukan untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM? Semak sini untuk mengetahui dokumen yang diperlukan untuk semakan WTD JHEV ATM.

Baca juga: Semakan Online Wang Tak Dituntut Dan Proses Bayaran Balik WTD

INFO WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?

  • Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 1 tahun.
  • Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 7 tahun.
  • Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 2 tahun.

APA ITU WTD JHEV ATM?

WTD JHEV ATM merangkumi wang-wang yang dikembalikan oleh bank/agensi-agensi disebabkan:

  • Lebihan potongan pinjaman perumahan oleh LPPSA
  • Akaun bank tidak aktif/tutup/tidak sah
  • Pencen skim B yang telah luput kerana tidak ditunaikan di bank dalam tempoh 3 bulan
  • Cek/waran yang tidak ditunaikan dalam tempoh 3 bulan

KOS TUNTUTAN

Untuk tuntutan balik wang WTD JHEV ATM adalah:

  • Secara percuma dan pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut

DOKUMEN DIPERLUKAN TUNTUTAN WTD JHEV ATM

Untuk membuat tuntutan WTD JHEV ATM, pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan akaun bank perseorangn yang aktif bagi veteran/balu/anak
  • Salinan MyKad baru bagi veteran/balu/anak
  • Buku pengesahan perkhidmatan (Veteran tidak berpencen sahaja)
  • Sekiranya bankrap, dapatkan surat pelepasan Sijil KPI Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) atau surat daripada Peguam yang dinyatakan status kebankrapan
  • Sekiranya penerima meninggal dunia, waris yang ingin menuntut perlu kemuka sijil nikah (bagi balu) atau sijil kelahiran (bagi anak) beserta borang akaun sumpah yang ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  • Cetakan senarai WTD pada portal JHEV.

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan adalah secara online. Anda boleh membuat semakan online dipautan berikut:

Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM & Ini Dokumen Yang Diperlukan

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor tentera. Seterusnya klik Cari untuk semakan.
  • Status akan dipaparkan.
  • Dokumen permohonan yang diperlukan boleh dikemukakan ke alamat emel seperti berikut : [email protected]
Nota: Maklumat yang dipaparkan pada portal JHEV dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat ini adalah masih tertakluk kepada semakan kelayakan oleh Unit Inspektorat JHEV. Permohonan tuntutan mungkin akan ditolak sekiranya penerima didapati tidak layak menuntut.

Baca juga: Semakan Status & Pengesahan Kehadiran Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat. Klik Sini Untuk Semakan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai WTD JHEV ATM sila hubungi Unit Inspektorat di talian berikut:

  • 03-2050 8141/ 8140/ 8138

Atau di Unit Akaun:

  • 03-2050 8070/ 8080
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.