Permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor Dibuka!
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 telah dibuka.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Persatuan Penduduk/NGO/JMB/Sekolah/IPT/Rumah Ibadat perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:
- 31 Disember 2021
OBJEKTIF GERAN KECIL ALAM SEKITAR & TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2021/2022
Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 adalah:
- Bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian rakyat Negeri Selangor.
- Membantu komuniti dalam organisasi dan persatuan untuk mengakses pembiayaan bagi projek inovasi berkaitan inisiatif untuk melaksanakan atau meningkatkan pemuliharaan air, pengurusan sisa buangan, penjimatan tenaga atau penanaman pokok.
TEMA PROGRAM/PROJEK
Untuk pengetahuan anda, permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar dan teknologi Hijau mesti mengikut tema seperti berikut:
ALAM SEKITAR (Peruntukan RM10,000)
- Pendidikan Alam Sekitar
- Pembersihan Sungai
- Penanaman Pokok
- Kitar Semula Sisa Buangan
TEKNOLOGI HIJAU (Peruntukan RM20,000)
- Program Kayuhan Bebas Karbon
- Program Kesedaran Komuniti Tentang Perubahan Iklim
- Pemasangan Produk Berkaitan Teknologi Hijau
- Kempen dan Kesedaran Pengumpulan Sisa e-Waste
TERMA & SYARAT PERMOHONAN
Terma dan syarat permohonan untuk menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 ialah:
- Organisasi atau persatuan yang tidak berasaskan keuntungan.
- Berdaftar dan berpangkalan di Negeri Selangor.
- Pelaksanaan program/projek di Negeri Selangor.
- Bagi Organisasi/Persatuan yang tidak berpangkalan di Negeri Selangor.
Namun, permohonan seperti berikut tidak akan dipertimbangkan untuk menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022:
- Program/projek yang telah mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada organisasi lain
- Pembiayaan untuk menanggung kos pentadbiran persatuan (sewa bangunan,bil utiliti, gaji pekerja, kos perjalanan)
- Pembelian peralatan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain yang tidak menyumbang kepada pelaksanaan program
- Program/projek yang berunsurkan politik, kutipan derma dan mempromosikan rokok, arak, dadah dan aktiviti perjudian
- Program/projek yang dilaksanakan di luar Negeri Selangor
- Program/projek yang sedang/telah dilaksanakan sebelum geran diluluskan
CARA MOHON
Anda boleh membuat permohonan secara online di:
Atau dapatkan borangdi:
Sertakan bersama dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Kertas kerja program / projek
- Penyata bank organisasi terkini
- Salinan Perakuan Pendaftaran (Sekolah, Universiti dan Rumah Ibadat) / Sijil Pendaftaran Persatuan (ROS)
- Carta organisasi persatuan
Pastikan semua dokumen ini di simpan dalam bentuk format PDF dan Microsoft Word sahaja.
IKLAN PERMOHONAN
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Bina & Baiki Rumah Golongan B40 Selangor SSIPR
MAKLUMAT LANJUT & PERMOHONAN
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022, sila hubungi Urusetia Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor di talian:
- 03-5521 2379/ 03-5544 7841
- E-mel [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.