Ingin memiliki rumah sendiri tetapi kekurangan modal?
Kalau begitu, anda sebagai warga negeri Pahang boleh memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Jadi, jom kita lihat apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang.
2 KATEGORI PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG
Isi Kandungan
Terdapat 2 kategori bagi permohonan rumah di negeri Pahang iaitu:
- Perumahan Kos Rendah
- Perumahan Kos Sederhana Rendah (Swasta)
SYARAT MOHON PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG
Antara syarat yang telah ditetapkan untuk memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang adalah:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan keutamaan adalah diberikan kepada rakyat Pahang
- Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak mempunyai tanah atau rumah atau kedua-duanya yang didaftarkan atas nama mereka
- Pemohon tidak mendaftarkan nama dalam mana-mana Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan kerajaan
- Telah menetap di Pahang secara terus selama tidak kurang daripada lima tahun
- Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran sebelum ini kerana memberi keterangan palsu
- Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah atau kos sederhana rendah
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan:
a) Perumahan kos rendah Berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas Belum berkahein tetapi berumur 35 tahun ke atas
b) Perumahan kos rendah/kos sederhana rendah (Swasta) Pemohon berumur 18 tahun ke atas
Bagaimana pula nak mohon setelah pemohon menepati syarat yang ditetapkan?
CARA MOHON PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG
Anda boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://eperumahan.pahang.gov.my/frame/spapfp.php#
- Pilih menu permohonan dan pilih sama ada rumah kos rendah atau sederhana rendah.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan lama/nombor tentera atau polis/nombor kad pengenalan baru.
- Klik Semak
Jangan lupa sediakan dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan ya!
- Satu salinan sijil kelahiran pemohon
- Dokumen bukti menetap di Pahang/surat pengesahan bermastautin di Pahang daripada JKKK/Penghulu
- Satu salinan MyKad atau kad pengenalan pemohon
- Satu salinan slip gaji/surat pengesahan pendapatan daripada JKK atau penghulu
- Surat akuan sumpah
Seterusnya hantar permohonan anda di alamat berikut:
Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan
Atau dimana-mana kaunter Perumahan, Pejabat Daerah dan Tanah
Lepas buat permohonan, macam mana pula nak buat semakan?
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN AWAM PAHANG
Anda boleh membuat semakan permohonan secara online dipautan berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak
- Keputusan permohonan akan dipaparkan.
Anda juga boleh membuat permohonan untuk memilik rumah idaman melalui pautan-pautan berikut:
- Skim Agihan Baik Pulih Rumah / Bina Baru Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS). Semak Syarat Kelayakan & Mohon Disini
- Cara Mohon Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga
- Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Sayangi Rumahku Yayasan Perak
- Cara Mohon Bantuan Bina & Baiki Rumah Golongan B40 Selangor SSIPR
- Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang di saluran berikut:
- 09-5129412 / 09-5129415 / 09-5129416 / 09-5156303
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.