Bermacam-macam urusan boleh dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk mematikan setem Hasil.
Bagi anda yang ingin matikan setem Hasil, anda boleh lakukannya secara online sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter.
Kalau boleh dilakukan secara online, macam mana pula caranya? Dapatkan langkah-langkah utnutk mematikan setem Hasil seperti yang dikongsikan ini ya!
INFO RINGKAS DUTI SETEM
Isi Kandungan
Mungkin ada diantara kita tak tahu apa itu Duit Setem Hasil. Kalau anda nak tahu, duti setem ialah:
- Cukai yang dikenakan atas dokumen/surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah atau perjanjian pinjaman.
Terdapat 2 kategori kos duti setem ini iaitu:
1. Kadar Tetap
- Harga ini memang tetap termasuk setem untuk polisi individu atau salinan.
2. Ad Valorem
- Kos ini berubah-ubah mengikut nilai transaksi oleh dokumen. Ia mengikut nilai perjanjian pinjaman atau pertukaran hak milik.
HARGA SETEM HASIL
Setem Hasil boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia dan harganya ialah:
- RM1.00
- RM5.00
- RM10.00
- RM100
- RM250
CARA MATIKAN SETEM HASIL ONLINE
Untuk matikan setem Hasil secara online, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut: https://stamps.hasil.gov.my/stamps/
- Kemudian buat pendaftaran sama ada sebagai individu atau syarikat.
- Gunakan nombor kad pengenalan anda untuk penddaftaran
- Seterusnya tunggu emel verfikasi dan sahkan untuk log masuk
- Pergi ke bahagian Senarai Permohonan Penyeteman Individu an pilih tambah permohonan baharu.
- Anda boleh pilih jenis stamping yang anda ingin lakukan.
- Lengkapkan maklumat dan untuk pengetahuan anda, sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa dokumen.
- Kemudian sistem akan berikan nombor kepada anda.
- Hadir ke LHDN, sebut nombor yang diberikan dan serahkan salinan dokumen yang diperlukan. Buat bayaran secara banking atau tunai dan pihak LHDN akan cetakkan setem kepada anda.
Baca juga: Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan LHDN ezHasil
APLIKASI DIGITAL FRANKING
Selain kaedah di atas, anda boleh mematikan setem menggunakan aplikasi Digital Franking.
- Pertama sekali anda muat turun aplikasi Digital Franking terlebih dahulu.
- Isi borang dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya bawa surat asal yang ingin disetemkan ke kaunter duti setem LHDN.
- Urusan anda selesai.
Nampaknya LHDN telah memudahkan urusan orang ramai dengan menggunakan kedua-dua kaedah ini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunya sebarang maklumat dan pertanyaan untuk mematikan setem Hasil, sila dapatkan melalui saluran berikut:
- https://www.hasil.gov.my/
- Facebook HASIL
- 03-8911 1000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.