Cara Mohon Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) Beserta Syarat Pemohonan

Pelaut-pelaut di bawah Jabatan Laut Malaysia yang mengikuti kursus untuk meningkatkan kompetensi mereka bagi pelayaran persisiran pantai dipelawa untuk membuat permohonan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL).

Permohonan telah dibuka mulai sekarang dan akan ditutup pada 28 Februari 2022 dan dapatkan syarat permohonan yang ditetapkan disini.

Baca syarat permohonan, cara mohon dan seterusnya download borang permohonan disini.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BIASISWA KUMPULAN WANG PUSAT PERDAGANGAN LAUT (KWPPL)

Pelaut-pelaut dipelawa untuk memohon Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) sebelum tarikh akhir permohonan:

  • 28 Februari 2022

2 KATEGORI BIASISWA KWPPL

Penajaan biasiswa KWPPL adalah terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

1. Kategori A

  • Bayaran penuh yuran kursus utama
  • Bayaran elaun sara hidup sepanjang kursus berlangsung

2. Kategori B

  • Bayaran penuh yuran kursus utama
Nota: Penajaan biasiswa ini adalah diutamakan kepada pemohon yang mempunyai kekangan kewangan dan jumlah tanggungan keluarga yang tinggi. Penentuan kategori yang layak diberikan kepada pemohon yang berjaya adalah ditentukan sepenuhnya oleh panel pemilih dan urusetia KWPPL.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Tidak mempunyai sebarang aduan/masalah disiplin yang melibatkan tatatertib ketika menjalankan kursus atau ketika tempoh perkhidmatan laut di atas kapal.
  • Tidak mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit/kecederaan yang memerlukan pengambilan ubat atau sesi pertemuaan dengan pemeriksa kesihatan secara berterusan.
  • Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pemohon mestilah pada tahap yang sangat memuaskan.
  • Permohonan terbuka kepada kursus-kursus yang berlangsung dan akan tamat pada tahun 2022. Tarikh akhir permohonan biasiswa pelaut ini adalah pada 28 Februari 2022.

Permohonan calon akan ditolak sekiranya:

  • Gagal menghadiri kedua-dua sesi temuduga yang telah dinyatakan
  • Lewat menghadirkan diri mengikut masa yang ditetapkan
  • Tidak memberikan pengesahan terhadap maklum balas temuduga kepada pihak KWPPL
  • Tidak mematuhi syarat keterangan permohonan atau NMPM 1/2013;
  • Menduduki/menyelesaikan kursus yang dimohon melebihi tempoh kelulusan penajaan yang dibenarkan.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Permohonan biasiswa ini mestilah dilakukan secara rasmi oleh peserta/pelaut berwarganegara Malaysia secara langsung tanpa melibatkan sebarang pengaruh atau sokongan daripada manamana institut latihan maritim.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang lengkap, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan, serta mematuhi kriteria kursus di Lampiran 1 dan syarat di Lampiran 2 pada Nota Maklumat dan Panduan Marin bilangan 1/2013 (NMPM 1/2013).
  • Klik Save PDF setelah borang diisi lengkap. Penghantaran permohonan dilakukan secara emel kepada [email protected] dengan tajuk emel tersebut dinyatakan sebagai:

‘PERMOHONAN BIASISWA <nama pemohon> <tahun kursus yang dimohon>
Contoh tajuk emel yang perlu ditulis jika nama pemohon ialah Johan Sufian, manakala tahun kursus yang bakal diambil adalah 2022
PERMOHONAN BIASISWA JOHAN SUFIAN 2022

  • Hanya permohonan yang lengkap dan dihantar melalui emel sahaja yang akan diproses.
  • Proses penelitian dan penyenaraian pendek calon yang berjaya akan dilakukan oleh pihak KWPPL dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh penerimaan emel dengan dokumen yang lengkap.
  • Pemohon yang berjaya untuk ke peringkat temuduga akan diberikan notis pemberitahuan dan akan dihubungi oleh urusetia KWPPL. Jika selepas tempoh 2 bulan pada perkara 1.5, pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas, tidak akan disenarai-pendek ke peringkat seterusnya dan dibolehkan untuk memohon semula pada sesi pembukaan permohonan biasiswa yang akan datang.
  • Rayuan dan bantahan tidak akan memberi sebarang impak kepada permohonan memandangkan keputusan panel pemilih KWPPL adalah muktamad.

BORANG PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan disini dan lengkapkan maklumat yanh diperlukan.

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  1. Buku Perkhidmatan Laut
  2. Surat sokongan daripada Nakhoda atau Ketua Juruenjin
  3. Salinan sijil-sijil kursus modular yang telah dihadiri
  4. Salinan Perakuan Kekompetenan (COC)
  5. Salinan kad Pengenalan
  6. Salinan Kad Pelaut

Baca juga: Cara Simpan Duit Dari Akaun Bank Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Memang Free!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) sila ajukan kepada Puan Ummil Syazwina di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.