Belia-belia di seluruh Malaysia yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) boleh membuat permohonan awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 Tahun 2022 secara online.
Anda perlu membuat permohonan dengan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Semak syarat kelayakan dan ikuti langkah-langkah membuat permohonan yang dikongsikan ini.
TARIKH PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 195 TAHUN 2022
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan mulai:
- 17 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022
SYARAT ASAS PERMOHONAN TENTERA DARAT
Syarat asas permohonan Tentera Darat Malaysia adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022 (Pengambilan Siri 195 2022)
- Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, tidak rabun warna
- Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
- Taraf Kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
- Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah
SYARAT FIZIKAL
Tinggi
- Ukuran tinggi minima: 1.62m
Berat
- Berat badan minima: 47.5kg
Indeks Jisim Badan (BMI)
- Di antara 18 hingga 26.9
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
Kelayakan tambahan pula adalah seperti berikut:
- Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
- Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
- Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online di pautan berikut:
- Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
- Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
- Isikan maklumat dengan dengan betul tanpa sebarang kesilapan iaitu:a) Nama Penuh
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Jantina
d) Nmbor Telefon (Boleh dihubungi)
e) Email (Aktif)
f) Kata Laluan (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
g) Tekan (Click) Daftar
h) Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan - Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
- Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.
- Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
- Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
PERINGATAN
UJIAN PEMILIHAN AKHIR
Untuk pengetahuan, hanya calon yang layak akan disenarai pendek untuk menghadiri Ujian Pemilihan akhir seperti berikut:
1. Pemeriksaan Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan
a) Larian 2.4 KM-14 minit
b) Tekan Tubi-40 kali
c) Bangkit Tubi-45 kali
3. Ujian Bertulis
a) Ujian Kecerdasan (IQ)
b) Ujian Psikologi
c) Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
ELAUN & KEMUDAHAN
Elaun dan kemudahan yang bakal diterima oleh Perajurit Muda ialah:
Elaun
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
Kemudahan
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 Tahun 2022, sila dapatkan di:
- Laman Sesawang Rasmi: https://army.mil.my
- Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
- Twitter Rasmi: https://twitter.com/tenteradarat
- Tik Tok Rasmi: https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy
- 03-40140404
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.