Penjawat awam yang dapat posting ke tempat baharu, boleh membuat permohonan untuk dapatkan Rumah Transit secara online sahaja sementera mendapat kuarters atau rumah sewa.
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan tempahan Rumah Transit ini? Dapatkan cara untuk membuat tempahan Rumah Transit secara online seperti yang dikongsikan disini.
Semak cara membuat tempahan Rumah Transit online disini seterusnya buat permohonan sebelum terlambat.
TARIKH PERMOHONAN RUMAH TRANSIT
Isi Kandungan
Anda yang berminat, boleh membuat permohonan Rumah Transit (RT) Putrajaya, Ang Seng, Kuala Lumpur dan Tanjung Kupang mulai tarikh berikut:
- 1 November 2021 hingga 2 April 2022
CARA MOHON
Anda boleh membuat permohonan Rumah Transit Putrajaya, Ang Seng, Kuala Lumpur dan Tanjung Kupang seperti berikut:
- Pemohon perlu mendaftar dalam Sistem Bersepadu BPH (SBBPH).
- Hanya pemohon yang telah lengkap divaksin dibenarkan; Kriteria Vaksinasi Lengkap seperti berikut:a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty
(Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID19 Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia (CanSino)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan. - Bayaran adalah secara atas talian (online).
- Waktu mendaftar masuk mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja.
- Masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2015 Peraturan bagi
Menggunakan RPP.
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Cara mohon atau tempahan RPP untuk penjawat awam juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dalam Sistem Bersepadu BPH (SBBPH).
Kalau nak jimat, semua penjawat awam dan orang ramai juga boleh dapatkan baucar percutian melalui Shopee di pautan ini:
Orang ramai yang ingin bercuti boleh menuntut baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM150 bagi tawaran dan pakej pelancongan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA).
Ini termasuk pakej pelancongan daripada Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA).
Selamat bercuti ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.