Cara Buat Tebusan Bantuan Peralatan Sekolah Lembaga Zakat Selangor, Buat Semakan Dahulu!
Para pelajar dari golongan Asnaf, Fakir Miskin sera Muallaf yang berada di negeri Selangor boleh membuat tebusan baucar Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) untuk sesi persekolahan yang telah bermula.
Ini kerana, Lembaga Zakat Selangor telah menyediakan peruntukan untuk golongan ini bersekolah dengan sempurna sepeti mana pelajar-pelajar yang lain.
Bagi anda yang ingin tahu cara membuat tebusan baucar Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022, buat semakan dan cara menebus baucar disini.
TARIKH TEBUSAN BAUCAR BANTUAN PERALATAN SEKOLAH (KPS) 2022
Isi Kandungan
Anda boleh membuat tebusan baucar Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022 mulai:
- 13 Disember 2021 hingga 28 Februari 2022
INFO RINGKAS BAUCAR BANTUAN PERALATAN SEKOLAH (KPS) 2022
Untuk pengetahuan anda, baucar ini ditawarkan bagi membantu para asnaf, fakir miskin serta muallaf yang sedang membuat persiapan sekolah anak-anak.
Terdapat 2 vendor yang mengurusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah LZS mengikut kawasan yang berbeza iaitu TERAS Sdn Bhd dan DIV Sdn Bhd.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN
Nak buat semakan dahulu sama ada layak atau tidak terima Bantuan Peralatan Sekolah (KPS) 2022 dipautan berikut:
- Bagi pemohon baharu, anda boleh mendaftar pada pautan yang sama.
CARA BUAT TEBUSAN BAUCAR BANTUAN PERALATAN SEKOLAH (KPS)
Untuk membuat tebusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah LZS, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1 (VENDOR)
- Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli 1 (satu) pasang pakaian seragam sekolah.
- Setelah selesai memilih pakaian seragam sekolah, anda bebas memilih barang keperluan peralatan sekolah lain yang diluluskan mengikut keperluan masing-masing.
- Masukkan MyKad (Ketua Isi Rumah atau wakil yang disahkan) di terminal yang terletak di kaunter bayaran.
- Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
- Juruwang akan masukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
Bagi pemegang MyKad, masukkan 6-Digit PIN di terminal ( 6 digit pertama yang tertera di MyKad). (Nota Penting : 6-Digit PIN Ketua Keluarga yang berdaftar dengan LZS). - Bagi pemegang pasport, masukkan 6-Digit PIN di terminal (6 digit pertama dari 12 digit nombor akaun yang disediakan). Contoh : No. Akaun- 201116295480, nombor pin yang perlu dimasukkan ke terminal adalah 201116.
LANGKAH 2 (ONLINE)
- Layari pautan https://terasds.com/order/#/teras untuk mulakan pembelian.
- Daftar masuk menggunakan ID Ketua Ketua Keluarga (MyKad/Pasport)
- Sahkan maklumat diri dan tanggungan serta jumlah bantuan yang diluluskan
- Pilih jenis atau saiz serta kuantiti pakaian seragam sekolah.
- Pihak TERAS akan membuat pembungkusan dan penghantaran melalui J&T. Tempoh penghantaran maksimum adalah selama 14 hari.
- Setelah menerima barang yang dipesan, sahkan penerimaan barang secara online.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tebusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah LZS sila rujuk pautan berikut:
- DIV Sdn Bhd (Penebusan di kedai atau pasaraya)
- TERAS Sdn Bhd (Pembelian Atas Talian)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.