Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Makmal Filem C19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf
Jawatan Pembantu Makmal Gred C19 merupakan satu jawatan dalam sektor kerajaan yang terletak di bawah kategori kumpulan Pelaksana. Tugas yang dipikul oleh jawatan ini adalah membantu Pembantu Makmal menjalankan tugas seperti mencuci radas dan bahan makmal yang telah digunakan, membancuh bahan kimia dan lain-lain.
Jika anda berminat dengan jawatan ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan perlu dilakukan secara online. Permohonan dibuka sepanjang tahun serta tempoh sah permohonan yang anda buat adalah selama setahun.
Anda berminat memohon jawatan ini? Sila baca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Makmal Filem C19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Makmal Filem C19.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU MAKMAL FILEM C19
Isi Kandungan
Anda perlu tahu semua syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Anda juga perlu memenuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan ini. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut.
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
BIDANG TUGAS PEMBANTU MAKMAL FILEM C19
Anda perlu mengetahui tugas-tugas yang dilakukan oleh Pembantu Makmal Filem C19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Makmal C19 adalah seperti berikut.
- Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Makmal Filem bagi menjalankan tugas- tugas menentukan stok kimia mencukupi, membancuh kimia untuk proses filem dan analisis kimia, menjalankan dan membersihkan mesin-mesin dan alat-alat yang digunakan.
PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA
Calon yang permohonannya berjaya akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam yang akan dijalankan secara online (sekiranya jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan). Beberapa aspek akan diuji dalam peperiksaan ini seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.
Seterusnya, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga akan dijalankan oleh pegawai SPA. Anda perlulah membuat persediaan bagi menghadapi temuduga ini.
CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL FILEM C19
Bagi anda yang ingin memohon, sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda. Berikut merupakan link SPA8i untuk anda isi permohonan.
- Link Permohonan SPA8i: Klik SiniUntuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL FILEM C19
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan di bawah.
- Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home
Segeralah memohon jika anda berminat. Untuk pengetahuan anda juga, ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Ambilan hanya akan dibuka jika terdapat kekosongan dalam jawatan ini.