Syarat Permohonan & Kemasukan Ke IPG Lepasan SPM Institut Pendidikan Guru.
Isi Kandungan
Institut Pendidikan Guru ataupun singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas pelbagai penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telah bertukar status daripada maktab kepada institut.
Program pengajian utama yang ditawarkan di IPG adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlulah menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.
Baca: Permohonan UPU Online
Pelajar yang berjaya menyelesaikan program PISMP dan juga PPISMP akan menerima Ijazah Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sebagai degree. Untuk makluman anda juga, program PISMP ini hanya ditawarkan untuk pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja.
Jadi, buat anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk IPG, kami akan kongsikan Syarat-syarat Kelayakan Untuk Kemasukan Ke IPG yang perlu anda tahu dalam artikel ini. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini.
TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM PISMP IPG
Mungkin anda tertanya-tanya berapa tahunkah tempoh pengajian bagi program PISMP di IPG? Berikut merupakan tempohnya:
- Tempoh Pengajian PPISMP: 1 tahun (2 Semester)
- Tempoh Pengajian PISMP: 4 tahun (8 Semester)
Jadi, jika ditambah bagi kedua-dua program ini, tempoh pengajiannya adalah selama 5 tahun ataupun 10 semester diperlukan untuk anda menyelesaikan program PISMP dengan jayanya.
KELEBIHAN MENERUSKAN PENGAJIAN DI IPG
Oleh kerana IPG merupakan IPTA yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, jadi pelajar-pelajar IPG akan menerima kelebihan serta manfaat yang banyak. Antara manfaat tersebut adalah seperti berikut:
- Menerima elaun bulanan
- Tidak dikenakan yuran pengajian
- Modul pengajian berbentuk latihan
- Bebas daripada pinjaman PTPTN
TARIKH PERMOHONAN IPG DIBUKA
Sekiranya anda berminat untuk masuk IPG, anda perlulah cakna dengan tarikh permohonan dibuka untuk memastikan anda tidak terlepas peluang bagi membuat permohonan.
Untuk makluman anda, tarikh tepat permohonan IPG dibuka masih belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, jika diteliti tarikh mula permohonan bagi tahun-tahun sebelum ini, biasanya permohonan akan dibuka pada bulan MAC.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IPG
Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu. Anda juga perlulah memenuhi semua syarat-syarat ini untuk memohon. Berikut merupakan syarat-syaratnya:
Baca: Syarat Mohon UiTM
Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun.
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. 5
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut
- i. Bahasa Melayu; dan
- ii. Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan
KRITERIA TIDAK LAYAK MEMOHON IPG
Berikut pula kami kongsikan kriteria-kriteria yang tidak melayakkan seseorang itu memohon kemasukan ke IPG. Sekiranya anda mempunyai kriteria di bawah, anda tidak boleh untuk memohon IPG.
- Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Tidak layak mohon Guru bukan penamat kepada karier anda. Anda masih boleh cuba untuk mohon memasukan Program Pra Pengajian Tinggi UiTM yang menawarkan elaun bulanan sebanyak RM860 sebulan kepada calon yang layak.
BIDANG PENGAJIAN IPG SELURUH NEGERI
Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat pelajar di IPG seluruh Malaysia:-
- 1 BAHASA IBAN (SK)
- 2 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SK)
- 3 BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
- 4 BAHASA MELAYU (SK)
- 5 PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
- 6 PENDIDIKAN JASMANI (SK)
- 7 SEJARAH (SK)
- 8 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SK)
- 9 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
- 10 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
- 11 PENDIDIKAN KHAS (SK)
- 12 BAHASA CINA (SJKC)
- 13 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKC)
- 14 BAHASA MELAYU (SJKC)
- 15 MATEMATIK (SJKC)
- 16 SAINS (SJKC)
- 17 PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
- 18 SEJARAH (SJKC)
- 19 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKC)
- 20 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
- 21 PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
- 22 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
- 23 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
- 24 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKT)
- 25 BAHASA MELAYU (SJKT)
- 26 BAHASA TAMIL (SJKT)
- 27 MATEMATIK (SJKT)
- 28 SAINS (SJKT)
- 29 PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
- 30 SEJARAH (SJKT)
- 31 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKT)
- 32 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
- 33 PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
- 34 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
- 35 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
- 36 BAHASA CINA (SJKC) – LULUSAN UEC
- 37 PENDIDIKAN ISLAM (SK) – LULUSAN SMA/SMU
- 38 PPC – BAHASA ARAB – JORDAN
- 39 PROGRAM KEMBAR – BAHASA PERANCIS
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN IPG
Untuk sebarang pertanyaan ataupun bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang IPG, anda bolehlah rujuk kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di talian-talian berikut:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Jadi, buat anda yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bolehlah mengemukakan permohonan apabila tarikh permohonan dibuka nanti. Semoga artikel ini bermanfaat dan kami doakan semoga permohonan anda berjaya.