Semakan Keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT

Calon pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2020 boleh membuat semakan status permohonan secara dalam talian (online).

Sebarang pengumuman atau pemberitahuan berkaitan dengan Keputusan dan Tawaran Kemasukan ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2020 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2020

Pihak kami juga akan memaklumkan info tarikh semakan boleh dibuat dan pautan (link) sistem aplikasi semakan keputusan permohonan secara online serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Sila ikuti maklumat tersebut menerusi ruangan dibawah

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
Semakan Keputusan Dibuka Semakan Keputusan Ditutup

👉20 Januari 2020

👉27 Januari 2020

Di atas merupakan tarikh rasmi yang telah dikeluarkan.
MEKANISME SEMAKAN TAWARAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
KV & SMT 2020

Semakan Secara Online
Semakan Secara SMS

Semakan melalui perkhidmatan sms tidak disediakan

Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan
Sila masukkan / lengkapkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem aplikasi semakan berkenaan
Kemudian klik pada butang Semakan untuk mengetahui status keputusan permohonan
PEMOHON BERJAYA (CETAKAN TAWARAN DAN PENDAFTARAN)
Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak KV / SMT semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
PEMOHON GAGAL (PERMOHONAN RAYUAN)
Pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV/ SMT 2020, SEMAKAN KEPUTUSAN, PERMOHONAN RAYUAN & PENDAFTARAN
Bil Perkara Tarikh Tindakan / Nota
1 Sistem permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup 15 Oktober 2019 hingga 23 Disember 2019 Pemohon
2 Sesi Temu Duga Dan Pemilihan 7 hingga 14 Januari 2020 Pemohon
3 Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 20 Januari hingga 27 Januari 2020 Pemohon murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
4 Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 (Aliran Perdana) 28 Januari 2020 Pemohon Aliran Perdana
5 Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 ke mana-mana KV/ SMT/ GIATMARA/ WISDEC 29 Januari hingga 28 Februari 2020 Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan
6 Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 (Aliran PAV) 11 Februari 2020 Pemohon Aliran PAV
7 Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 ke mana-mana GIATMARA/ WISDEC 12 Februari hingga 28 Februari 2020 Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan
Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.