Bantuan Kerajaan

Orang Ramai Akan Dapat Facemask Percuma ~ PM

Penghulu

Penghulu

Ketua Editor

23 March 2020
1 min baca
Isi Kandungan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersetuju mengagihkan topeng muka kepada rakyat secara percuma.

Perdana Menteri berkata, pengagihan topeng itu adalah antara sumbangan kerajaan kepada rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19.

“Kerajaan mengambil keputusan mengimport topeng muka dari China iaitu kira-kira 10 juta keping. Semalam, saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya menggunakan peruntukan disediakan kerajaan untuk membawa masuk bekalan itu.

“Saya difahamkan, harga sekeping adalah RM1.18 dan saya ingin mengumumkan topeng terbabit akan diagihkan secara percuma kepada rakyat selepas bekalan (topeng) diterima,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Maklumat lanjut akan dikemaskini.

Sumber

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.