Sistem Jual Beli Pasar Tani PKP Perlis Sangat Teratur. Perangai Orang Perlis Dapat Pujian Netizen

Pasar Tani Perlis Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

PKP yang berlangsung selama 3 minggu ini benar-benar dipatuhi oleh rakyat negeri Perlis sehingga bandar utama di Perlis kelihatan lengang tidak seperti hari biasa yang penuh sesak sehingga sukar untuk mendapatkan parking jika ada urusan.

Namun orang Perlis sekali lagi mendapat pujian oleh netizen yang telah ke Pasar Tani Taman Sena, Kangar kerana kepatuhan mereka ketika pergi ke pasar tani untuk membeli barangan basah dan perlu menjadi teladan bagi orang negeri-negeri lain.

Pujian ini juga seharusnya diberikan kepada peniaga pasar tani yang kreatif serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

perlis-indera-kayangan

Sistem Jual Beli Di Pasar Tani Yang Teratur

Penjual pasar tani telah mengambil beberapa inisiatif yang teratur dan kreatif yang memudahkan pembeli untuk membeli barangan yang dijual dengan mengadakan beberapa checkpoint mengikut jenis barangan yang dijual.

Mereka juga mengikut SOP iaitu dengan meletakkan tape jarak Social Distancing yang berjarak 1 meter dan pembeli mengikut arahan tersebut serta pasar tani menjadi tidak terlalu sesak kerana pembeli berdisiplin dengan mengikut setiap arahan.

Berikut adalah aturan mengikut checkpoint (CP) yang disediakan :

  • CP 1 : Pemeriksaan suhu badan pelanggan.
  • CP 2 : Pelanggan memakai hand sanitizer sebelum membeli.
  • CP 3 : Pelanggan menunggu giliran membeli mengikut garisan jarak sosial
  • CP 4 : Pelanggan memakai hand sanitizer selepas membeli.

psrtani1

psrtani2

psrtani4

Sementara itu, terdapat juga checkpoint (CP) mengikut barangan yang di jual seperti :

  • CP menjual ayam
  • CP menjual daging
  • CP menjual ikan
  • CP menjual sayur
  • CP menjual barangan kering
  • CP menjual barangan basah melalui online

psrtani3

Negeri Perlis bukan sahaja terkenal kerana mempelam emasnya iaitu Harum Manis, tetapi sikap orangnya yang sangat patuh dengan SOP sepanjang tempoh PKP ini yang dapat dilihat di Pasar Tani Taman Sena, Perlis harus di contohi oleh orang lain.

Perlis Indah Lagi Mempersona, apatah lagi orangnya. Walaupun negerinya kecil, semangatnya besar lagi kuat malahan sikap patuh arahan pula menjadi teladan.

Tahniah orang Perlis.

Harummanis

Bukit-Keteri

Sumber : Munirah Syakirah ( Sirap Limau)

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.