Sila Semak Poskod Yang Disenaraikan Ini. Pos Laju Dah Mula Tak Hantar Barang Ke Kawasan Red Zone Di Beberapa Negeri.
Membeli Secara Online
Isi Kandungan
Tidak dapat shopping di pasaraya atau mall pun tidak apa asalkan masih lagi boleh membeli secara online. Akibatnya terdapat banyak bungkusan yang menjadi lambakan di tempat penghantaran barang.
JIka sebelum ini syarikat penghantaran J&T telah menyenaraikan poskod kawasan yang tidak ada penghantaran untuk semakan pembeli, terkini Pos Laju juga telah membuat senarai poskod kawasan yang tidak ada penghantaran bagi kawasan tersebut.
Kawasan yang terlibat tidak ada penghantaran oleh pihak Pos Laju adalah dibeberapa kawasan zon merah.
Semakan Poskod Kawasan Terlibat
Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada pihak Pos Laju, anda boleh membuat semakan supaya tidak ada masalah dikemudian hari sekiranya anda ingin membuat pesanan secara online atau membuat penghantaran di kawasan yang terbabit.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh hubungi :
- Talian Hotline Pos Laju : 1-300-300-300
- Emel : [email protected]
- Twitter :@pos4you
- Facebook : https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.