Bunga Telang Dan Nasi Kerabu
Isi Kandungan
Bunga telang merupakan bunga yang berwarna biru dan ia merupakan pewarna semulajadi untuk membuat nasi kerabu.
Jika anda menggunakan bunga telang sebagai pewarna, bukan sekadar warnanya menarik, semulajadi dan segar malahan anda selamat daripada bahan kimia.
Khasiat Bunga Telang
Terdapat pelbagai khasiat bunga telang yang kita tidak ketahui. Antara khasiatnya ialah :
1. Wajah Anda Awet Muda, Tegang Dan Tidak Berkedut
Amalkan meminum air teh panas yang direndamkan dengan bunga telang selama 15 minit sehingga warna bunga telang pudar kemudian diperah sedikit air lemon dan serai yang diketuk.
2. Mengurangkan Sakit Kepala
Daun dan bunga telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
3. Insomnia
Air rendaman bunga telang ini juga mampu merawat penyakit insomnia.
4. Lancar Haid Wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum untuk melancarkan peredaran haid wanita.
5. Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan
Bunga telang boleh dijadikan sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
6. Membersihkan Mata
Ambil bunga telang dan daunnya kemudian rendam di dalam air bersih dan gunakan untuk mecuci mata yang sakit akibat dijangkiti atau keradangan.
7. Membantu Sistem Pembiakan
Dengan meminum air bunga telang juga, ia membantu pengeluaran sperma dan kesuburan kaum lelaki.
8. Mengecutkan Jerawat
Bunga telang yang ditumbuk hancur dan kemudiannya ditempelkan dimuka selama 30 minit boleh mengecutkan jerawat yang ada dimuka anda.
9. Melebat Dan Menghitamkan Rambut
Ambil bunga telang dan ramaskan ke dalam segayung air. Cuci rambut dengan air ramasan bunga telang tadi seperti menggunakan syampu.
10. Membuka Selera Makan
Jika anda mempunyai masalah selera makan, anda boleh ambil bunga telang dan jadikannya sebagai ulam untuk membuka kembali selera anda.
Jadi diharap dengan perkongsian ini dapat anda manfaatkan kegunaan bunga telang yang ada di rumah anda. Jika belum ada, anda boleh tanam untuk kegunaan masa datang.
Sumber :
- bidadari.my
- mingguanwanita.my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.