Denda Tulis “Saya Minta Maaf” 500 Kali
Isi Kandungan
Pernahkah anda didenda begini? Mungkin denda ini kali terakhir anda dikenakan ketika zaman sekolah bukan?
Namun berlainan pula yang berlaku di sebuah bandar di India.
Polis mereka telah mengenakan denda kepada pelancong yang ingkar arahan PKP Covid-19 dengan memaksa mereka menulis “Saya Minta Maaf” sebanyak 500 kali.
Hukuman Pelik
Walaupun hukuman yang dikenakan tersebut kelihatan pelik, namun ia adalah bertujuan memberikan pengajaran buat pelacong-pelancong yang degil.
Ramai Langgar Arahan
Rakyat asing itu termasuk dari Israel, Mexico, Australia serta Austria dan mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar Rishikesh yang terkenal kerana pernah dikunjungi kumpulan Beatles pada 1968.
Pegawai polis tempatan Vinod Sharma memberitahu, mereka masing-masing diarahkan menulis ‘saya tidak mematuhi peraturan kawalan pergerakan, oleh itu saya minta maaf sangat’ sebanyak 500 kali.
Katanya, lebih daripada 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang menetap di kawasan itu melanggar peraturan PKP yang berkuatkuasa hujung Mac lalu.
Sumber : Sinar Harian
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.