Tak Payah Pakai Laptop, Print Out Terus Pakai Handphone. Ini Cara Mudah Untuk Print.

Banyak Kerja Rumah

Anak-anak tidak boleh pergi sekolah sejak PKP ini. Cikgu pula berikan kerja rumah melalui telefon saja. Agak kasihan melihat anak-anak  salin semula latihan ke dalam buku masing-masing. Ibu bapa mesti terfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.

Hendak beli laptop dan printer baru mesti memakan belanja yang besar. Jadi, apakah cara yang jimat dan terbaik untuk atasi masalah ini?

stress

Cetak Terus Dari Handphone

Ada satu cara yang paling mudah iaitu anda boleh mencetak terus daripada telefon bimbit anda tanpa perlu membeli laptop baru, pasang wifi baru dan membazir duit.

Hanya gunakan 3 peralatan ini saja iaitu :

  1. Printer
  2. Kabel OTG ( Boleh beli di Eco / Ninso / DIY )
  3. Aplikasi PrinterShare Mobile Print ( download dari telefon anda sendiri melalui Play Store )

Printer

canon

Kabel OTG

OTG-cable

Apps PrinterShare Mobile Print

apps

Cara-Cara Setting

Anda hanya perlu :

  • Sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG,
  • Sambungkan ke telefon bimbit anda,
  • Ikut sahaja arahan daripada aplikasi PrintShare Mobile Print.
  • Setelah siap setting, anda sudah boleh print kerja rumah anak-anak anda terus daripada telefon.

homework

Mudah bukan?

Jimat masa, jimat tenaga dan semestinya jimat wang anda.

Semoga dengan perkongsian ini memudahkan kerja anda dan anak-anak anda seharian.

buathomework

Sumber :

  • mingguanwanita.my
  • Facebook Fizie JoeKer
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.