Kluster Wanita Cantik dan Ibu-ibu Sepakat Memilih Mesin Lipat Baju Automatik Ini Berbanding Thermomix

Mesin Lipat Baju

Bagi anda yang sibuk dengan kerja seharian di pejabat dan sambung lagi tugasan dirumah sememangnya terasa amat penat.

Selepas tugas memasak,pastikan seisi keluarga makan seterusnya mencuci pinggan, pasti terasa letih dan penat semula apabila melihat longgokan baju yang telah dicuci belum dilipat dan disimpan didalam almari baju. Bersepah dan memeningkan kepala.

Ketika inilah terlintas difikiran alangkah seronoknya jika ada mesin melipat baju di rumah anda.

Mesin melipat baju atau Foldimate ini membantu anda untuk melipat baju dengan kemas dan anda hanya perlu ambil simpan selepas semuanya siap.

foldimate2

Foldimate Atau Thermomix

Kegilaan kaum wanita di Malaysia sekarang semenjak PKP ialah peralatan memasak yang canggih iaitu Thermomix. Robot memasak didapur ini dikatakan sangat efisien membantu kaum ibu memasak didapur. Namun dengan harga yang mahal dan agak terbatas untuk membuat kerja seperti manusia dan tular mesin ini meletup serta mencederakan seorang pengguna telah membuatkan ramai wanita diluar sana memilih untuk mendapatkan mesin melipat baju atau Foldimate ini dirumah.

thermomix1

foldimate

Idaman Isteri Dan Ibu

Ianya menjadi idaman para isteri dan ibu kerana terdapat beberapa fungsi yang menyenangkan mereka yang perlu anda semua ketahui.

Jom kita lihat 5 perkara menarik tentang Foldimate ini.

1. Tempoh Kurang 5 Minit 25 Helai Pakaian Dilipat

Pantas dan memudahkan kerana  ia mampu melipat sehingga 25 helai pakaian dalam tempoh yang singkat. Mesin FoldiMate ini telah direka khusus untuk melipat pakaian daripada kanak-kanak berusia 6 tahun hinggalah saiz XXL, termasuklah tuala bersaiz sederhana.

Anda hanya perlu letakkan pakaian pada tray dan baju yang siap dilipat akan keluar dari bahagian bawah mesin. Anda tidak perlu mengangkat pakaian satu persatu kerana ia boleh menyusun beberapa helai pakaian sekaligus. Kemudian anda hanya perlu ambil pakaian yang sudah dilipat dan simpan ke dalam almari sahaja.

2. Melipat Dan Menggosok Pakaian

Mesin ini bukan sahaja melipat pakaian anda, malah ia akan melipat kemas serta menggosok pakaian anda sekaligus dan tiada kedutan dalam tempoh 10 saat sahaja.

foldimate3

3. Pakaian Yang Tidak Boleh Dilipat 

Namun ia terdapat beberapa kekurangan kecil. Iaitu ia tidak boleh melipat semua jenis pakaian seperti pakaian bayi, stokin, pakaian dalam atau pakaian kecil yang lain. Malah ia juga tidak boleh melipat pakaian yang lebih besar seperti cadar, baju sejuk dan comforter.

pakaian baby

comforter

4. Kid-Friendly

Ibu-ibu boleh menarik nafas lega kerana ianya juga mesra dengan kanak-kanak jadi ianya boleh diguna oleh sesiapa sahaja yang ada dirumah anda. Ianya direka dengan fungsi yang sangat mudah untuk digunakan. Jadi, seisi rumah boleh menyiapkan kerja melipat baju tanpa sebarang alasan lagi.

kid friendly

5. Siapa Yang Mencipta Foldimate?

Gal Rozof merupakan Founder FoldiMate dan juga pencetus idea kepada mesin ini dan dia merupakan seorang software engineer yang mula merealisasikan idea ini sejak tahun 2010 lagi.

founder foldimate

6. Harga Foldimate

Harga yang bakal dijual dipasaran adalah USD $980 atau sekitar RM4,000.

Harganya agak sesuai dengan fungsi yang dijanjikan dan anda boleh jimat sebanyak RM3500 berbanding harga Thermomix.

wowface

Selepas ini kaum wanita yang cantik dan ibu-ibu yang anggun tidak perlu lagi pening kepala melihat pakaian di dalam bakul baju lagi.

Semuanya mudah, tiada alasan lagi.

Sumber :

  • siraplimau
  • foldimate.com
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.