Garis Panduan Perkhidmatan P-Hailing
Isi Kandungan
Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) menggunakan motosikal atau p-hailing (parcel-hailing).
Garis panduan ini akan digunakan sepanjang tempoh perlaksanaan PKP dijalankan dan semua penunggang p-hailing wajib memuat turun aplikasi MySejahtera serta mendaftar sebelum memulakan perkhidmatan.
Garis Panduan P-Hailing
- Mewajibkan penunggang memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
- Bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan menggunakan laluan motosikal yang diwartakan sekiranya ada.
- Kotak yang dibawa penunggang bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan JPJ.
- Patuh arahan kesihatan seperti menjaga jarak sosial transaksi tanpa sentuhan atau contactless transaction
- Penunggang p-hailing tidak boleh menggunakan lebuh raya antara negeri (inter-state) bagi jarak perjalanan melebihi 10 kilometer.
Waktu Operasi
Waktu operasi juga telah dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja, selain waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa juga tertakluk kepada zon yang telah ditetapkan oleh MKN dan peraturan semasa.
Surat Pengesahan
Semua penunggang p-hailing perlu sentiasa membawa surat pengesahan daripada majikan atau surat pendaftaran dengan PBT sepanjang melakukan perkhidmatan.
Wajib Muat Turun Dan Daftar Aplikasi MySejahtera
Semua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi mySejahtera dan perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguat kuasa.
Muat Turun Aplikasi
Bagi anda yang terlibat dengan perkhidmatan ini dan ingin memuat turun aplikasi ini, anda boleh muat turun di :
- Android : MySejahtera
- iOS : MySejahtera
Sumber :
- MySejahtera
- Astro Awani
- BERNAMA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.