Berita baik buat rakyat Negeri Johor yang tidak menerima BPN atau yang tergolong daripada golongan M40 serta bukan warganegara yang layak, anda bakal menerima bantuan ihsan daripada kerajaan negeri Johor.
Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu individu yang kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan ketika ini.
Kadar Bantuan
Isi Kandungan
Kadar bantuan yang diberikan kepada yang layak adalah :
- RM250 / RM500
Pembayaran akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor
Sekiranya tiada maklumat bank, bayaran tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia atau Bukan Wargananegara Malaysia
- Menetap di Negeri Johor
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Maklumat lengkap disertakan sekali Salinan Kad Pengenalan atau Passport
Kumpulan Sasaran
- Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima sebarang bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan namun wajar dipertimbangkan bagi bantuan tambahan
- Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor dan terputus sara hidup berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor dan terputus sara hidup berikutan lanjutan tempoh PKP (Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor)
Kaedah Permohonan
Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati melalui pautan di bawah:
Borang Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor
Borang yang lengkap diisi perlu mendapat pengesahan oleh Ejen Pusat Saluran Utama yang telah dilantik.
Pusat Saluran Utama
Borang yang telah lengkap hendaklah disokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat saluran utama iaitu:
1. Pusat Saluran Pejabat Menteri Besar
Contoh Ejen
- YB Dato’ Zulkurnain Bin Haji Kamisan
- YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
- YBhg. Datuk Tee Siew Kiong
2. Pejabat-pejabat Daerah
Contoh Ejen
- Penghulu
- Ketua Kampung
3. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan
Contoh Ejen
- Ahli Majlis
- Ketua Jabatan PBT
4. Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
Contoh Ejen
- Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor
Untuk pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan tidak perlu dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan tersebut perlu dihantar ke Bilik Gerakan.
Semakan Status
Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran
Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui link berikut :
Carta Aliran Prosedur Bantuan Ihsan
Berikut adalah carta aliran bagi proses permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor sebagai rujukan semua
Maklumat Dan Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan COVID-19 Johor, sila layari pautan atau nombor telefon Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan Covid-19 Johor seperti di bawah :
- Telefon : 07-2666766
- Emel : [email protected]
- ihsan.johor.my
- Bilik i-Speks Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, 79100 Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anak-anak Johor mendapat bantuan yang sewajarnya.
Sumber :
- Ihsan Johor
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.