10 Cara Mendapatkan Manfaat Daripada Internship Anda
Mendapat latihan atau internship adalah perkara yang ditunggu para pelajar kerana ia merupakan satu latihan yang berkaitan dengan bidang yang dipelajari selama ini.
Selain belajar dan mempraktikkan kemahiran anda di tempat latihan, anda berkemungkinan akan mendapat tawaran kerja di tempat anda mengikuti latihan atau internship tersebut.
Melalui perkongsian kali ini, anda boleh menggunakan 10 cara untuk memanfaatkan kelebihan daripada internship anda.
1. Tetapkan matlamat yang jelas
Dalam apa jua pekerjaan, penting untuk mengetahui apa yang diharapkan daripada bakal majikan anda ditempat latiahan. Hal ini adalah sama sekiranya anda melalui alam pekerjaan seperti orang lain. Tetapkan matlamat bersama majikan anda dan sentiasa mengikuti syarat yang diberikan seperti mana pekerja yang lain.
Beberapa perkara dan syarat yang boleh dibincangkan ialah :
- Kedudukan jawatan
- Skop kerja
- Maklumbalas majikan mengenai prestasi kerja anda
- Cara berkomunikasi mengenai masa bekerja
- Pendedahan mengenai kemahiran yang lain
- Dipantau oleh mentor atau penyelia
2. Ikut arahan tugasan
Anda perlu ikuti arahan dan tugasan yang diberikan oleh majikan atau penyelia anda. Sekiranya anda tidak mampu selesaikan tugasan anda, beritahu kepada penyelia atau anda boleh meminta tolong daripada staf lain yang lebih berpengalaman.
Prestasi kerja anda akan menjadi lebih baik dan anda akan mendapat kepercayaan orang lain sekiranya anda berjaya selesaikan tugasan yang diberikan.
3. Perbaiki kesalahan
Tidak mengapa sekiranya anda ada melakukan kesilapan atau kesalahan. Tetapi pastikan kesalahan tersebut berkaitan dalam proses pembelajaran. Terima sahaja tugasan yang diberikan dan terus belajar melalui tugasan tersebut.
Ambil risiko walaupun anda melakukan beberapa kesalahan. Jika dapat diselesaikan, anda dilihat berpontensi untuk memimpin ahli kumpulan kerana mampu selesaikan masalah tersebut secepat mungkin.
Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan yang sama.
4. Mencipta ‘Networking’ baru
Melalui latihan internship ini, anda boleh mencipta networking atau rangkaian baru dalam perhubungan. Pergaulan secara profesional menjadi lebih luas dan memudahkan pekerjaan anda pada masa akan datang.
5. Mengenali mentor atau penyelia
Mentor atau penyelia adalah seseorang yang membimbing anda melalui latihan dan menjadi jambatan kepada rangkaian profesional dan peluang untuk anda belajar. Mereka juga berfungsi sebagai sumber maklum balas dan maklumat yang dipercayai.
Kebiasaannya selepas anda melapor diri ditempat latihan, anda akan diperkenalkan dengan mentor atau penyelia yang akan membimbing anda sepanjang anda melalui latihan internship.
Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan mentor atau penyelia anda untuk memudahkan anda mendapat maklumat yang diperlukan
6. Bekerjasama dengan orang lain
Sentiasa bekerjasama dengan orang lain dan saling membantu antara satu sama lain. Apabila anda bekerjasama dengan orang lain, segala tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan mudah. Malahan anda akan mendapat ilmu dan kemahiran baru apabila anda mudah memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
7. Cari peluang untuk maju
Pada minggu pertama biasanya anda akan didedahkan dengan tatacara kerja serta mengenali staf di tempat latihan anda. Sekiranya anda diberi peluang untuk bertanya dan mencuba perkara baru, ambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Sentiasa bersedia memajukan diri dengan bertanya soalan dan menawarkan diri untuk melakukan tugasan sekiranya diminta.
8. Simpan jurnal
Sepanjang latihan internship, anda diwajibkan untuk menulis catatan atau jurnal untuk disemak oleh penyelia latihan anda. Pastikan anda menulis nota-nota idea, pembelajaran. kemahiran dan pencapaian yang telah anda lakukan sepanjang hari.
Nota tersebut amat berguna untuk digunakan kembali ketika anda menyiapkan resume anda nanti.
9. Berfikiran positif sepanjang masa
Apa jua yang anda lalui semasa latihan,pastikan anda laluinya dengan berpandangan positif. Ambil setiap teguran dan arahan sebagai satu proses pembelajaran dan peningkatan ilmu. Semasa latihan inilah anda akan berusaha sedaya upaya untuk menerapkan segala ilmu yang telah diberikan.
10. Sentiasa berhubungan
Anda mungkin ditawarkan di syarikat tersebut selepas latihan. Jadi, amalkan sikap untuk sentiasa berhubung dengan setiap staf dan majikan disyarikat tersebut. Ucapkan terima kasih di atas kesudian mereka membantu, memberi tunjuk ajar, berkongsi pengalaman dan panduan kepaada anda.
Tidak rugi jika anda sentiasa berbuat baik dengan semua orang sepanjang latihan anda. Jika ada dikalangan mereka yang masih meminta pertolongan anda selepas latihan, tidak salah anda membantu. Mungkin mereka menganggap anda sebahagian daripada syarikat dan anda mempunyai kemahiran yang mereka perlukan. Sekurangnya kemahiran dan pengalaman yang anda perolehi semasa latihan boleh digunakan untuk mengisi resume anda nanti.
Apa sahaja yang anda lalui ketika proses latihan industri atau internship, lakukan dengan bersungguh dan fokus untuk mencapai matlamat anda. Itu adalah peluang yang terbaik buat anda. Manfaatkan kelebihan yang ada. Ia akan menjadi satu peluang yang sangat luas untuk anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.